Dec 10, 2011

Safee Sali Diharamkan Mewakili Harimau Malaya

Salam 1Malaysia (kena jawab Waalaikumsalam 1Malaysia kot). Kecoh diperkatakan bahawa penyerang sensasi Harimau Malaya, Mohd Safee Sali tidak dapat mewakili skuad Malaysia akibat beraksi dalam Indonesia Super League (ISL) yang dikatakan adalah liga yang haram; yakni liga yang tidak diiktiraf oleh Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) dan FIFA. Hal ini berlaku akibat PSSI hanya mengiktiraf Indonesia Premier League (IPL) setelah berlaku revolusi bola sepak di seberang.Walaubagaimanapun, dari sumber-sumber yang boleh dipercayai, Safee Sali masih boleh mewakili skuad kebangsaan kerana kontrak beliau bersama kelab Pelita Jaya yang diperbaharui telah dilakukan sebelum berlakunya perubahan pucuk pimpinan PSSI.

ISL telah diharamkan di Indonesia. Pelita Jaya bermain di ISL. Mengikut peraturan FIFA,mana-mana pemain yang bermain di liga haram tidak dibenarkan bermain untuk negara mereka. Kalau Safee Sali terus bermain dgn Pelita Jaya di ISL, beliau boleh dibanned FIFA dari main utk Malaysia kerna main di Liga haram.
Sumber Selengkapnya Disini

Fakta yang perlu kita fahami, ISL pada mulanya adalah liga rasmi di Indonesia, sebelum wujud IPL yang asalnya tidak rasmi .sejak perlantikan ketua PSSI yang baru, Djohar Ariffin...Terdahulu, beliau dan ''konco'' nya menubuhkann IPL (liga tidak rasmi) walaupun pada masa itu sudah ada ISL, liga yang rasmi.  Setelah beliau jadi ketua PSSI yang baru, IPL  yang beliau tubuhkan dijadikan liga rasmi dan ''black list'' ISL
  
Djohar Ariffin
Sebab beliau menubuhkan IPL adalah kerana masa itu ISL penuh dengan masalah..jadual selalu berubah, perlaksanaan yang tidak teratur, pengadil juga teruk..sampaikann salah satu kelab di sana Persib Bandung yang pada masa itu bermain di ISL (liga rasmi sebelum Djohar Ariffin jadi ketua) membuat surat untuk menyewa pengadil dari luar..dan 2 org pengadil dari Malaysia dibawa untuk mengadili perlawanan di sana selama tiga perlawanan.. sangat teruk bukan?
Penubuhan IPL adalah dengan alasan untuk mewujudkan liga yang profesional dan adil disebabkan pada masa itu ISL (liga rasmi) banyak masalah dan lebih-lebih lagi hampir semua kelab ISL pada masa itu bergantung pada dana daripada pemerintah/ kerajaan (sama dengan Malaysia).. IPL di tubuhkan untuk
memperbaiki semua itu. Setelah Djohar Ariffin jadi ketua, beliau jadikan IPL liga rasmi dan ISL liga tidak rasmi.
 
Berkenaan dengan Safee Sali, dia sudah terlebih dahulu mewakili kelab Pelita Jaya sebelum Djohar Ariffin menjadi ketua PSSI dan ketika itu juga kelab Pelita Jaya yang bermain di ISL masih dianggap rasmi oleh Djohar Ariffin saja. Sebulan sebelum liga indonesia bermula, IPL telah didaftarkan secara rasmi ke FIFA. 
Oleh itu, Safee Sali masih boleh mewakili Malaysia sebab dia terlebih dahulu bermin di ISL yang pada mulanya dianggap rasmi walaupun sekarang sudah tidak rasmi lagi. Paling koman pun dia hanya akan dikenakan  denda oleh PSSI sebab bermain di ISL yang sudah tidak rasmi.
Buktinya, Safee Sali masih bermain mewakili Malaysia menentang India walaupun pada masa itu Djohar Ariffin sudah menjadi ketua PSSI.  Perkara ini hanyalah masalah dalaman PSSI. Safee Sali sudah memanjangkan kontrak bersama kelab Pelita Jaya Julai lalu, dan jika dia berasa terancam akan situasi tersebut,  sudah pasti dia tidak menyambung kontrak tersebut. Safee Sali sudah lama dalam bidang bolasepak, pastidia lebih mengetahui baik buruk dan masalah sebenar yang bakal dia hadapi...
 
Kesimpulannya, Safee Sali masih boleh mewakili Malaysia andai FAM tak masuk campur masalah dalaman PSSI, dan Safee Sali tidak bersalah dan tidak melanggar peraturan FIFA dengan sengaja sebab dia sudah bermain di ISL yang ketika itu masih merupakan liga rasmi dan dia harus kekal di sana sebab mempunyai baki kontrak yang panjang dengan kelab Pelita Jaya yang telah diperbaharui ketika ISL masih lagi merupakan liga rasmi.

6 ulasan:

whose said...

Jgnla macam tu..pemain berbakat kalau tak dapat bermain pstu tmpul jentera serangan...

penglipurlara said...

jangan risau, safee sali masih boleh bermain untuk negara..

Anonymous said...

peganti die kan ader AHMAD FAKRI SARANI...jgn risau ye :-)

penglipurlara said...

sapa-sapa saja boleh jd pengganti kalau performance bagus...

Anonymous said...

btl 2..permintaan penglipurlara nk tau lbih terperinci tntng yg pling hangat skng sblm sepak mula liga super start...tentang manchester city ATM..sbb kelibat AZMI MUSLIM bersamanya..

penglipurlara said...

@anonymous
eceh..perli ka apa ni? haha

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...