Berhubung dengan titah Tengku Mahkota Johor berkenaan dengan cadangan atau saranan untuk menggabungkan ke semua pasukan yang membawa nama Johor supaya menjadi satu pasukan yang bertanding dalam kancah liga Malaysia. Apa yang saya faham dan jelas dengan saranan ini adalah untuk memperkasakan lagi sukan bola sepak negeri Johor, di samping dapat mengembeleng segala sumber kewangan dan minat rakyat Johor supaya lebih tertumpu pada satu pasukan sahaja. Hal ini akan membuatkan stadium akan sentiasa dipenuhi dengan penonton setiap kali perlawanan yang melibatkan pasukan Johor kerana rakyat tidak lagi terkeliru untuk memberi sokongan kepada pasukan Johor yang sebenar.
Showing posts with label johor fc. Show all posts
Showing posts with label johor fc. Show all posts
Feb 18, 2012
Sultan, Politikus, dan Bola Sepak berpisah tiada
disampaikan oleh
penglipurlara
pada
5:14:00 PM
0
ulasan
Email This
BlogThis!
Share to X
Share to Facebook
Labels:
cerita,
johor fc,
sultan bola
Dec 9, 2011
Pra Sepak Mula Liga Super 2012: Johor FC
Sementara menunggu liga super 2012 bermula, dan ketika jari jemari ini rajin nak menaip, apa kata aku buat review sikit-sikit pasal pasukan yang akan bertanding dalam liga super 2012 nanti. nak harapkan media, cerita pasal artis banyak la..hehe.
Ok. kita mula dengan pasukan yang kurang power dulu..hehe (marah orang Johor nanti)... baiklah..untuk pengetahuan semua, pasukan ini dibimbing oleh jurulatih yang sebelum ini membimbing selangor untuk memenangi gelaran liga super musim 2009 dan musim 2010 namun tak mampu bawa selangor untuk memenangi piala malaysia yang ke 33.
Pada musim 2011, Johor fc mengakhiri saingan liga pada tangga ke-7, berbanding di tempat ke-5 pada musim 2010. Jika dilihat pada rekod sebelum ini, pasukan Johor fc adalah pasukan kelab yang paling lama bertahan (maksud aku umur panjang) berbanding pasukan-pasukan kelab lain yang telah bungkus setelah beraksi dalam beberapa musim. Berikut adalah rekod pencapaian Johor FC dalam kancah bola sepak tempatan:
1988 Menjuarai Piala Sultan Johor dan layak bertanding dalam Piala FAM
1994 Juara Piala FAM
1995 Juara Piala FAM
1996 Naib Juara Piala FAM
1997 Juara Liga Perdana 2, Kelab pertama yang bermain dalam Liga Perdana
1998 Tempat ke 5 dalam Liga Perdana 2 , Layak ke pusingan kedua Piala FA
1999 Tempat ke 3 Liga Perdana 2 , Pusingan pertama Piala FA
2000 Tempat ke 3 dalam Liga Perdana 2, Pusingan pertama Piala FA, Pasukan kelab pertama layak ke suku akhir Piala Malaysia
2001 Juara Perdana 2 dan dinaikkan ke Liga Perdana 1, Layak ke suku akhir Piala FA
2002 Menduduki tempat ke 6 dalam Liga Perdana 1, Layak ke pusingan kedua Piala FA
2003 Menduduki tempat ke 7 dalam Liga Perdana 1, Layak ke suku akhir Piala FA dan Piala Malaysia
2004 Menduduki tempat ke 3 dalam Liga Perdana Kump A, Menduduki tempat ke 4 Kumpulan D Piala Malaysia, Layak ke suku akhir Piala FA
2005 Menduduki tempat ke 3 dalam Liga Perdana Kumpulan B, Pusingan pertama Piala FA dan menduduki tempat ke 4 kumpulan C Piala Malaysia
2005/06 Menduduki tempat ke 3 dalam Liga Perdana Kumpulan B, Pusingan pertama Piala FA dan menduduki tempat ke 4 kumpulan B Piala Malaysia. Layak ke Liga Super 2006/07
2008 Menduduki tempat ke 4 dalam Liga Super dan layak ke separuh akhir Piala Malaysia
Kelab paling lama menyertai saingan Piala Malaysia sejak penampilan pertama mereka pada 2000
dan satu lagi tambahan, Johor Fc adalah salah satu pasukan yang berstatus kelab yang bermain di Piala AFC 2009 setelah pasukan Negeri yang layak telah menarik diri akibat sebab-sebab tertentu..kesungguhan untuk bermain di peringkat yang lebih tinggi harus dipuji. sesungguhnya dalam saingan liga super 2012 pasukan ini mampu menjadi antara pencabar yang kuat.
antara barisan pemain musim2012 berjersi ala-ala barcelona
gambar diambil daripada fanpage
Kelab Penyokong Siber Johor FC (JohorFC.com)
enjut lebah enjut
disampaikan oleh
penglipurlara
pada
5:12:00 PM
0
ulasan
Email This
BlogThis!
Share to X
Share to Facebook
Labels:
johor fc,
liga super
Tuan Tanah
Statistik
Iklan
member
Followers
Blog Archive
Labels
alam dan manusia
(9)
cerita
(8)
FAM
(9)
felda united
(1)
harimau malaya
(6)
harimau muda
(7)
johor fc
(2)
Kedah FA
(3)
Kelantan FA
(1)
kelayakan olimpik
(3)
KLFA
(1)
liga super
(8)
Maal Hijrah
(1)
penyokong
(3)
Sabah FA
(1)
sultan bola
(7)
sultan kedah
(1)
Popular Posts
-
assalamulaikum dan salam sejahtera. Menjelang sepak mula liga super 2012, setiap pasukan telah membuat persiapan memperkuatkan pasukan ma...
-
Sana sini bercakap tentang gagasan 1Malaysia yang di ilhamkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang membawa ideologi kesatua...
-
Bola sepak Malaysia macam biasa selalu memainkan perasaan para peminat. Pada perlawanan kelayakan olimpik menentang Bahrain, kita amat perlu...
Backlink
© Hak Cipta Tuan Tanah 2011. Powered by Blogger.







