Showing posts with label alam dan manusia. Show all posts
Showing posts with label alam dan manusia. Show all posts

Jun 18, 2012

Lapanbelas Jun


Pada suatu masa dahulu, ketika manusia di bumi Malaysia sibuk dengan wawasan 2020, aku telah selamat dilahirkan ke dunia ini. Bermula daripada 0, aku belajar mengenali dunia dengan perlahan-lahan. Emak dan ayah menjadi pembimbing aku dalam proses tumbesaran minda. Sehingga hari ini, telah genap 28 tahun aku dilahirkan, masih tak terbalas budi baik emak dan ayah bersusah payah membesarkan aku.

Aku bersyukur masih dapat melihat dunia hari ini,
Aku bersyukur masih dapat mendengar hari ini,
Aku bersyukur masih diberi peluang menikmati rezeki-Mu.
Entah esok akan ada lagi peluang ini,
aku tak tahu.
 
Menyingkap kembali perjalanan hidup aku di atas muka bumi ini selama 28 tahun, membuatkan aku berasa amat kerdil. Segala kekhilafan entah terampun atau tidak. Aku tak pasti.

Terima kasih emak kerana melahirkan,
Terima kasih ayah kerana berkorban,
Terima kasih kawan memberi tauladan,
Terima kasih juga kepada-Mu, ya Tuhan.

Jan 6, 2012

sembang kucing


Kucing 1: apasal kita lepak dalam longkang ni?
Kucing 2: boring la asyik lepak atas bumbung kete je...lagipun Liga Super pon lambat lagi nak start..

Dec 23, 2011

Kisah Burung


Tersebutlah kisah di sebuah kampung yang bernama Kampung Busut yang indah permai, mempunyai seorang ketua kampung yang berdedikasi dan berkepimpinan tinggi. Ketua Kampung Busut, Pak Wajik namanya, mempunyai hobi seperti kebanyakan ketua kampung lain juga iaitu memelihara burung. Pelbagai burung dipelihara dan dijadikan koleksi olehnya sama ada burung yang boleh terbang seperti burung helang, atau burung yang tak boleh terbang seperti burung unta, mahupun burung yang pandai berenang seperti burung penguin, semuanya ada di laman rumah Pak Wajik.

 Pak Wajik sangat menyanyangi burung-burung peliharaannya dan dijaga dengan rapi. Burung yang sakit akan diberi rawatan segera; begitulah kasihnya Pak Wajik kepada burung-burungnya.. Oh ya, beliau juga mempunyai seorang isteri dan tidak mempunyai cahaya mata, mungkin sebab itu beliau mencurahkan kasih sayangnya kepada isteri dan burung-burungnya sahaja...

Dec 18, 2011

Hanya di Kota Kinabalu


Ok. Entri ni di kongsi daripada blog Tipu Tapi Benar. Setelah menonton klip video, dan membaca dialog yang disertakan dibawah, memang lawak habis...layan ja lah....

 ____________________________________________________________________________________
-Timbak!
-Tumbukan Padu Maut!
-Itu teknik satria baja hitam tu!
-Ya,Sia nampak di tv ba itu..
-Bah macam mana?Kita mau timbak ka ini?
-Bah,Boleh ba kalau kau!
-Pistul basar!
-Flash Kuning!Sasaran!
-BAH!
-Flash Kuning!Apa ko tingu tu?
-Singkulai malai puntut!Buli timbak suda!
-OK!Meriam Laser Cahaya Maut!
-Eh,malas o sia kamu ni…
 _____________________________________________________________________________________

Walaupun ini lawak lama, tapi masih boleh buat aku berdekah-dekah gelak..mungkin kena pada waktunya..haha

Dec 12, 2011

Perlantikan YDP Agong ke-14

Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah (diputerakan di Alor Setar, Kedah pada 28 November 1927) merupakan Yang di-Pertuan Agong ke-5 dari 21 Sept 1970 hngga 20 Sept 1975 dan juga Sultan Kedah yg ke-27. Sultan Kedah juga akan naik takhta sebagai YDP Agong buat kali kedua pada 13 Disember 2011. Hal ini sekali gus mencatat sejarah Malaysia sebagai YDP Agong buat kali kedua. 

~DAULAT TUANKU~

Nov 28, 2011

Di Sebalik Kekalahan Kepada Bahrain

Bola sepak Malaysia macam biasa selalu memainkan perasaan para peminat. Pada perlawanan kelayakan olimpik menentang Bahrain, kita amat perlukan kemenangan untuk membuka peluang kita terus bersaing merebut slot ke peringkat akhir yang akan berlangsung di London 2012. Malaysia mendahului perlawanan dengan dua gol dan ketika perlawanan memasuki fasa akhir sebelum wisel panjang ditiup pengadil perlawanan, gawang Malaysia bolos dengan tiga gol dalam masa 5minit.. penonton terkejut dengan gol pantas tersebut, pemain terpinga-pinga seakan-akan hilang punca, pasukan lawan sibuk meraikannya, malah tidak kurang juga pengulas-pengulas sambilan sibuk membuat analisia tentang punca kita tewas. Apa pun syabas kepada para pemain, dan syabas juga kepada Ultras Malaya yang sentiasa memberi yang terbaik kepada pasukan kebangsaan. Hari ini, ketika masih dalam mood bermuram durja terpampang di depan akhbar satu tajuk yang agak panas..tak pasti sama ada masalah typo atau sengaja ditulis demikian.
 
 menang disanjung, kalah dicemuh

Ok. Tujuan entri ni ditulis bukan untuk membuat analisis perbandingan corak permainan atau taktikal yang tidak sesuai, bab ni jurulatih lebih arif dan lebih mengenali keupayaan setiap pemainnya. Sebagai penyokong dan pemerhati bola sepak tempatan gaya bebas, aku tak salahkan pemain atas kekalahan tersebut; semuanya dah lakukan yang terbaik. Pujian harus diberikan kepada barisan pemain yang bertungkus lumus menyerang dan bertahan sebaik mungkin walaupun terdapat beberapa pemain yang belum mencapai tahap prestasi yang sebenar akibat mengharungi jadual perlawanan yang padat.

 "ini adalah harga yang perlu dibayar" kata pengendali pasukan Ong Kim Swee ketika ditemubual oleh wartawan sejurus selepas perlawanan. Macam-macam tafsiran bermain dalam kepala aku apabila mendengar bait-bait keluhan yang terpacul dari jurulatih itu..mungkin kata-kata tersebut ditujukan kepada pihak yang berkenaan di Kelana Jaya yang gagal mentadbir bola sepak Malaysia supaya berada di jalan yang lurus.

 Bayangkan sekiranya pasukan yang bertanding di kejohanan Sukan Sea yang lepas adalah pasukan yang berbeza daripada pasukan yang bermain dalam kelayakan olimpik, sekurang-kurangnya masalah kecederaan atau kelesuan pemain dapat dielakkan. Di samping itu, aku percaya akan lebih ramai pemain berbakat akan muncul. sebab apa? sebab pemain yang berbakat ini di beri peluang untuk beraksi. Sepatutnya misi untuk layak ke Olimpik perlu diberi keutamaan, tak kisah kalau kita gagal pertahankan pingat emas sukan Sea di sebabkan menghantar skuad Harimau Muda B yang masih kurang pengalaman, tapi tahukah anda bahawa sekurang-kurangnya pasukan ini mendapat pengalaman kerana muka-muka ini lah yang akan menggantikan skuad Harimau Muda A yang ada sekarang dan muka-muka ini lah juga yang akan membawa cabaran yang melibatkan pasukan U-23. Jika tidak di beri peluang sekarang, bila lagi?

Bukannya pihak di Kelana Jaya tersebut tidak tahu bahawa jadual perlawanan akhir sukan Sea dan perlawanan bertemu Syiria adalah sangat hampir, itupun setelah pasukan Syiria bersetuju menunda perlawanan seperti yang sudah berlangsung baru-baru ini. Mungkin pihak di Kelana Jaya pun ada alasan-alasan mereka yang tersendiri atas sebab-sebab yang berlaku; seperti yang kita sedia maklum, mereka memang pakar dalam bidang alasan ni! ambil satu contoh alasan yang biasa digunakan: "kita menghantar pasukan harimau muda A bertanding di sukan Sea dan seterusnya kelayakan Olimpik kerana sebagai salah satu pendedahan dan hanya ini saja pemain yang terbaik kita ada.LOL" dengan memberi alasan sebegini, lebih terang lagi bersuluh bahawa perancangan pembangunan bola sepak dari akar umbi yang selalu diuar-uarkan adalah kucar-kacir dan tiada hala tuju yang jelas.

Kita ketandusan pemain-pemain berbakat disebabkan oleh perancangan yang tidak teratur dan perlaksanaan program pembangunan yang tidak telus. Budaya subsidi menular dengan parah sehinggakan nak tengok bola pun bersubsidi; pe cer? Sentuh mengenai plan jangka panjang ni, setiap FA negeri juga bertanggungjawab untuk cari n bangunkan bakat-bakat baru. Perkara ini perlu dilakukan melalui akademi-akademi bola sepak yang ditubuhkan di setiap negeri dan perlu wujudkan liga untuk dedahkan pemain-pemain muda ini dengan permainan bola sepak profesional. Tapi apa yang berlaku dalam kebanyakan FA negeri di negara 1malaysia ni? Hancusss...pengurusan kewangan-FAIL.. kebajikan pemain-FAIL.. pastu merungut tak ada syarikat korporat nak taja pasukan-tak patriotik katanya. Jadi buka minda anda melihat realiti bola sepak Malaysia.

Ya, buat masa ni kita merasa menjadi raja asia tenggara..tapi untuk jangka masa 5-10 tahun dari sekarang, ke mana arah tuju kita? adakah kita akan sekali lagi menjadi pasukan belasahan atau hanya sekadar berpuas hati menjadi pelengkap jadual? kalau hanya kerana sedikit kejayaan, tetapi kita mendabik dada seolah-olah tidak perlu berbuat apa-apa lagi kerana kita sudah hebat, aku percaya kita tak akan kemana.

Nov 27, 2011

Airhorn: Perlu Atau Tidak?






Entri kali ni lain sikit daripada yang lain sebab aku nak bercerita pula tentang penggunaan air horn dalam stadium ketika menonton perlawanan bolasepak-patut guna atau tidak? Pertama sekali aku nak ucapkan kepada para penyokong Malaysia yang hadir ke stadium-stadium untuk memberi sokongan kepada pasukan negeri masing-masing mahupun kepada pasukan kebangsaan. Dengan kehadiran anda semua ke stadium akan memberi lebih dorongan dan motivasi kepada para pemain yang beraksi di tengah padang. Namun begitu, kehadiran anda ke stadium, walaupun dengan jumlah yang terlampau ramai sehingga tiada ruang kosong dalam stadium tidak membawa apa-apa makna sekiranya kelibat anda di stadium hanya bertujuan nak membuat bising tak tentu hala dengan membunyikan airhorn masing-masing.

 "apa gua peduli? gua yang beli sendiri airhorn ni..bukan mintak duit lu pun...yang lu lebih-lebih apahal?" kata salah seorang glory hunter. Memang tak jadi masalah tu duit lu sendiri, tapi lu tak fikir lu buat bising tak tentu hala akan buat telinga gua panas.. 

 Penggunaan airhorn ini makin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini lebih-lebih lagi ketika perlawanan-perlawanan besar termasuklah ketika perlawanan yang melibatkan pasukan kebangsaan. Tidak dapat dipastikan samaada golongan ini suka jenis membuat bising, menjual roti atau saja ikut-ikut. Kalau kepada yang suka buat bising dinasihatkan supaya join chant ultras malaya supaya kedengaran lebih teratur tapi harus diingat-NO AIRHORN.

 gambar hiasan

Dalam memberi sokongan kepada pasukan biarlah bijak dan kena pada caranya. Membuat bising bukan satu bentuk sokongan yang betul dan ianya hanya membuatkan keadaan menjadi lebih buruk. Banyak inplikasi yang tidak terfikir sebagai contoh akan mengganggu komunikasi antara pemain di atas padang disebabkan frekuansi yang tinggi dihasilkan bunyi bising dan bingit daripada airhorn. Bila komunikasi terganggu, permainan tak menjadi seperti yang dirancang dan akan mempengaruhi keputusan perlawanan. Bila keputusan perlawanan tak memuaskan pandai pulak golongan ni nak kritik pemain dengan macam-macam ulasan. Contohi semangat menyokong seperti negara-negara lain yang memberikan sorakan padu tanpa berbelah bagi (penyokong Indon tak termasuk dalam ni). Oleh itu, perlu atau tidak penggunaan airhorn ni bergantung kepada individu dan niat ke stadium. kalau ikhlas dan memang jiwa untuk menyokong, aku percaya tak ada lagi kedengaran airhorn.

 ~NO AIRHON, MORE CHANTS~

Salam Maal Hijrah


 Salam Maal Hijrah (1433H) kepada muslimin dan muslimat sekalian.
 Semoga tahun hijrah yang baru membawa keberkatan dan menjadikan kita lebih baik dari sebelum ini.
 Kembalilah bersatu atas nama islam.

Nov 15, 2011

KELUH KESAH TIKA HUJAN

  hujan turun  mencurah2 dari langit

   Assalamualaikum.. Entri kali ini ditulis ketika hujan turun selebat-lebatnya..Tiba2 sepintas lalu idea untuk buat coretan ini terlintas..Ok.Ok.. pasti ada di antara kita dah plan baek punya hari ni sama ada nk dating dgn pakwe/makwe masing2, nk berkebun, atau nk beriadah pada petang hari, tiba2 langit yang terang bertukar menjadi gelap dengan keberangkatan tiba awan cumulunimbus. Dah tentu yang nak berdating mengeluh panjang..."potong stim betul la..." keluh Ramli (bukan nama sebenar) sebab terpaksa tunda niat berdating di taman tasik permaisuri..mungkin keluhan itu terjadi sebab terpaksa tunda niat berbuat perkara yang kurang elok kot..

   Apa jenis intro daaa.... berbalik pada cerita hujan tadi, mengikut teori sains, kejadian hujan bermula dengan pemeluapan wap air daripada proses sejatan. Wap air yg tersejat akan naik ke atmosfera dan membentuk awan. Kemudian, awan tersebut akan bercantum dengan awan lain akibat ditiup angin dan membentuk kepulan awan yang lebih besar. Apabila kandungan wap air dalam awan menjadi mampat maka terjatuhlah titisan2 air ke muka bumi yang juga dikenali sebagai hujan. Macam pelik ja ayat ni..lantaklah..adik2 yg jawab SPM jangan tiru maklumat di sini tau..bukannya maklumat ni tak betul, tapi tak ikut skema jawapan yang sebenar..ekeke.

  Ketika si Ramli mengeluh tadi dia tak sedar bahawa hujan yang turun bukan satu musibah buat dirinya.."ya ka?? saya taktau la pulak.." soal Ramli kehairanan.. Ya hujan yang turun adalah satu rahmat.. "betul ke yop? cer kabor.." Ramli cuba buat2 terkejut.. mungkin ramli menganggap hujan hari ini membuatkan dia teraniaya.. tetapi tidak bagi makhluk lain di muka bumi ini..

 tanpa air tak dapat bertani..

  Segala yang di cipta oleh Allah ada hikmahnya yang tersembunyi. Allah kurniakan akal kepada manusia supaya dapat berfikir akan kebesaran-Nya.. Dengan hujan, muka bumi ini terus subur dengan tumbuh-tumbuhan yang memberi rezeki kepada setiap makhluk. 

hijau

permaidani alam mendamaikan jiwa

 
  hujan suburkan tumbuh-tumbuhan

Oleh itu, janganlah kita mengeluh pada setiap kesulitan yang kita hadapi.. bisikkan kepada hati nurani bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya..renung-renungkan....

  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...