Sana sini bercakap tentang gagasan 1Malaysia yang di ilhamkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang membawa ideologi kesatuan antara kaum dalam menjana kemajuan negara. Secara umumnya, Gagasan 1 Malaysia menganjurkan budaya hidup bahawa walaupun berbeza-beza agama,
budaya, cara hidup dan keutamaan pelbagai kaum di Malaysia,
mereka perlu mendekati sesuatu isu daripada perspektif “Malaysian”. Gagasan 1 Malaysia menekankan pendekatan di mana kerajaan membantu
semua kaum dan golongan yang memerlukan bantuan agar tiada siapapun
merasa bahawa mereka telah dipinggirkan dalam arus perdana pembangunan
Negara.
Berkenaan dengan bantuan-bantuan yang disalurkan kepada rakyat atas jenama 1Malaysia adalah tidak terkira banyaknya. Sebut sahaja daripada kedai rakyat 1Malaysia hinggalah kepada bantuan-bantuan rakyat 1Malaysia yang seringkali dilabelkan pihak-pihak tertentu sebagai gula-gula politik.
Tahukah anda bahawa terma "rakyat" yang begitu galak di uar-uarkan pada ketika ini adalah bermula daripada gelombang tsunami politik 2008 dimana buat pertama kali terma pakatan "rakyat" yang diguna pakai mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat marhein. Justeru, terma ini menjadi satu ideologi politik yang baru bagi menggantikan konsep "Islam Hadhari" yang kurang meyakinkan. Apa yang penting sekarang adalah sebarang ideologi yang dibawa oleh kepimpinan Perdana Menteri membawa kesejahteraan kepada masyarakat.
contoh-contoh barangan 1Malaysia
Selain itu, dengan bertambahnya populariti konsep gagasan 1Malaysia ini, apa kata YAB Perdana Menteri menubuhkan sebuah kelab bola sepak rakyat 1Malaysia (R1M fc) pula. Dengan sokongan YAB Perdana Menteri selaku presiden R1M fc, saya percaya dapat mentransformasikan keadaan bola sepak di Malaysia yang hidup segan mati tak mahu disamping dapat mengejutkan para pegawai FAM yang sedang beristirehat di Kelana Jaya. Oh ya, dengar cerita juga YAB Perdana Menteri juga adalah peminat setia GGMU (dibaca syaiton merah). Dengan menubuhkan sebuah pasukan bola sepak yang handal seperti diatas, diharap tidak timbul lagi isu perkauman terhadap Evra si hitam.
Untuk menarik penonton hadir ke stadium setiap kali perlawanan yang melibatkan pasukan R1M fc, subsidikan setiap tiket yang dijual. Rakyat memang suka benda subsidi dan jangan lupa juga untuk turun ke stadium untuk bergambar semasa sesi penyerahan subsidi tiket berlangsung. Di harap cadangan dapat dilaksanakan kelak supaya setiap rakyat tidak tercicir untuk menjiwai gagasan 1Malaysia yang sebenar.
yeeaayyeee!!!!
0 ulasan:
Post a Comment