ISL telah diharamkan di Indonesia. Pelita Jaya bermain di ISL. Mengikut peraturan FIFA,mana-mana pemain yang bermain di liga haram tidak dibenarkan bermain untuk negara mereka. Kalau Safee Sali terus bermain dgn Pelita Jaya di ISL, beliau boleh dibanned FIFA dari main utk Malaysia kerna main di Liga haram.
Showing posts with label harimau malaya. Show all posts
Showing posts with label harimau malaya. Show all posts
Dec 10, 2011
Safee Sali Diharamkan Mewakili Harimau Malaya
Salam 1Malaysia (kena jawab Waalaikumsalam 1Malaysia kot). Kecoh diperkatakan bahawa penyerang sensasi Harimau Malaya, Mohd Safee Sali tidak dapat mewakili skuad Malaysia akibat beraksi dalam Indonesia Super League (ISL) yang dikatakan adalah liga yang haram; yakni liga yang tidak diiktiraf oleh Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) dan FIFA. Hal ini berlaku akibat PSSI hanya mengiktiraf Indonesia Premier League (IPL) setelah berlaku revolusi bola sepak di seberang.Walaubagaimanapun, dari sumber-sumber yang boleh dipercayai, Safee Sali masih boleh mewakili skuad kebangsaan kerana kontrak beliau bersama kelab Pelita Jaya yang diperbaharui telah dilakukan sebelum berlakunya perubahan pucuk pimpinan PSSI.
disampaikan oleh
penglipurlara
pada
11:08:00 AM
6
ulasan
Email This
BlogThis!
Share to X
Share to Facebook
Labels:
FAM,
harimau malaya
Nov 26, 2011
Kelayakan Olimpik 2012: Malaysia vs Bahrain
Perlawanan bola sepak kelayakan olimpik 2012 di antara Malaysia vs Bahrain yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 27 November 2011 akan menentukan sama ada skuad Harimau Muda akan terus bersaing untuk merebut slot akhir di London. Selepas tewas kepada pasukan Jepun dengan jaringan 2-0 dan yang terbaru tewas kepada skuad Syiria dengan jaringan yang sama selepas baru dinobatkan sebagai johan sukan sea, sedikit sebanyak mencetuskan kegoyahan kepada penyokong lalang setia atas keupayaan skuad bimbingan Ong Kim Swee ini. Faktor keletihan menjadi antara salah satu punca kekalahan pada perlawanan tersebut di samping beberapa pemain utama yang dibelenggu kecederaan.
Berdasarkan kepada aksi yang ditunjukkan pada perlawanan dengan Syiria rabu lepas, skuad Harimau Muda mampu memberi cabaran dan saingan kepada pihak lawan pada separuh masa pertama dengan beberapa percubaan. Namun begitu percubaan-percubaan tersebut gagal diterjemahkan kepada gol. Skrip perlawanan mula berubah pada separuh masa kedua apabila pihak lawan lebih mendominasi padang permainan dengan hantaran-hantaran tepat dan larian-larian kencang untuk menguji benteng pertahanan negara dan berjaya memproleh 2 jaringan gol.
Pada pertembungan dengan Bahrain, beberapa pemain yang dibelenggu kecederaan dilaporkan sudah pulih dan bersedia untuk turun beraksi manakala seorang tonggak pertahanan (Muslim Ahmad) dilaporkan tidak dapat beraksi akibat kecederaan hamstring.
Jika pasukan ini ingin mencipta kejayaan dalam perlawanan tersebut, bahagian serangan perlu di beri perhatian yang serius oleh jurulatih memandangkan bahagian tersebut seolah-olah kurang berfungsi. Selain itu, kesilapan-kesilapan mudah harus dielakkan sepertimana ketika perlawanan-perlawanan sebelum ini. Kita sudah lama mendengar alasan-alasan stereotaip selepas tewas perlawanan bahawa "ini adalah satu pendedahan yang baik kepada pasukan dan kita pasti akan bangkit selepas ini". Namun malangnya dah berapa puluh tahun pakai alasan yang sama tapi kita masih tak bangkit-bangkit.
Fakri janji robek gawang Bahrain
Kritikan 'pedas' peminat dalam laman sosial Facebook sedikit pun tidak menjejaskan azam penyerang Harimau Muda, Ahmad Fakri Saarani untuk merobek gawang Bahrain pada aksi Kelayakan Olimpik 2012 zon Asia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, esok. Malah, Fakri menegaskan, semangat dan keyakinannya berada pada tahap terbaik meskipun dihujani pelbagai tohmahan terutama selepas aksi menentang Syria, Rabu lalu.
"Sasaran utama saya pada perlawanan Ahad ini adalah untuk mendapatkan gol dan itu semua bergantung kepada rezeki dan usaha saya," kata Ahmad Fakri.
(petikan daripada Utusan Malaysia)Jangan janji kosaong saja encik Fakri oiii...yang penting buktikan saja yang anda mampu memberi impak positif dalam pasukan dan tidak semestinya dalam perlawanan tersebut anda perlu skor gol sebijik untuk jadi hero pasukan. Bantu pasukan anda dengan mencipta peluang-peluang untuk menghasilkan gol dan jangan mencipta peluang untuk mengutip kad kuning seterusnya kad merah..ini boleh menjejaskan pasukan secara tidak langsung...Jika itu anda mampu lakukan, pasti ramai dah tidak mengutuk anda lagi...ini cuma cadangan saja..
kedudukan pasukan dalam kumpulan C
melihat pada carta diatas bolehlah disimpulkan bahawa perjalanan pasukan harimau muda dalam saingan kelayakan olimpik hampir tertutup jika tewas pada perlawanan bertemu Bahrain nanti. Setelah mengharungi dua perlawanan dan mencatat dua kekalahan bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan...taktau la kalau ada jugak yang masih berkata ini adalah pendedahan yang baik untuk pasukan! Walaubagaimanapun, sokongan mesti diteruskan untuk meneruskan perjuangan yang tidak mustahil dapat dilakukan. ~TANAH TUMPAH DARAHKU~
disampaikan oleh
penglipurlara
pada
12:44:00 PM
3
ulasan
Email This
BlogThis!
Share to X
Share to Facebook
Labels:
FAM,
harimau malaya,
harimau muda,
kelayakan olimpik
Nov 19, 2011
MALAYSIA KE FINAL
gol kemenangan oleh Ahmad Fakri
misi pertahan pingat emas diteruskan
walaupun gol yang ditunggu-tunggu lewat tiba, namun kemenangan dengan jaringan 1 gol pada minit akhir perlawanan sudah cukup untuk melayakkan malaysia ke pentas final menanti lawan samaada indonesia atau vietnam. dan berita baik yang diterima- kapten pasukan iaitu Baddrol Bakhtiar akan beraksi di Final kerana kad kuning pertama yang diterima adalah diperingkat kumpulan dan tidak dikira. sementara Ong Kim Swee akan kembali di bahagian teknikal setelah digantung satu perlawanan.
~TANAH TUMPAH DARAHKU~
disampaikan oleh
penglipurlara
pada
8:31:00 PM
0
ulasan
Email This
BlogThis!
Share to X
Share to Facebook
Labels:
harimau malaya,
harimau muda
MALAYSIA VS MYANMAR
Sabtu, 19 November 2011, 5 Petang
Gelora Bung Karno Stadium, Jakarta.Misi untuk pertahankan ibu segala pingat (kata pengulas sukan) masih berlangsung.. lupakan kejayaan lalu, tumpukan pada perlawanan seterusnya. Myanmar bukan calang2 pasukan untuk di tentang. dengan pergantungan ketua jurulatih Ong Kim Swee, diharap para pemain dapat mengorak langkah bertenaga untuk mara ke peringkat akhir..nak cerita banyak pon xpandai...haha
tunggu game kita tengok apa jadi nanti..
~TANAH TUMPAH DARAHKU~
disampaikan oleh
penglipurlara
pada
8:17:00 AM
0
ulasan
Email This
BlogThis!
Share to X
Share to Facebook
Labels:
harimau malaya,
harimau muda
Nov 18, 2011
MALAYSIA MEMANG POWER
Assalamualaikum
Harimau Muda seperti yang dijangka dapat membenam ego tuan rumah iaitu sang garuda papua dengan jaringan 1-0. Macam biasa layanan yang kita terima memang "terbaik" dari puak2 indon takdak tamadun tu. Lagu kebangsaan kita sekali lagi tak dihormati menggambarkan betapa mereka amat cemburu dengan kepoweran kita..kehkeh..
sikap biadap penyokong indonesial
walaupun begitu kemenangan yang diraih sangat berbaloi lagi2 di hadapan penyokong lawan. Jaringan tersebut dapat mendiamkan seketika riuh rendah di dalam stadium. Seakan-akan tidak percaya dengan apa yang berlaku depan mata, mungkin ada diantara mereka terlopong melihat harimau malaya ganas memporak-perandakan benteng pertahanan sang garuda.
gerakan yg menarik dan penyudah yg cantik
Sana-sini bercerita tentang kemenangan Malaysia..Relax..kita baru melangkah ke separuh akhir.. masih awal nak untuk kita terlalu berpuas hati..walaupun kita menang perlawanan tersebut, masih ada beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki jika mahu pertahankan pingat emas. Walaupun aku marah dengan tindakan penyokong indonesia tidak menghormati lagu kebangsaan kita, tapi ada satu perkara yang aku nampak bagus ialah tiada letupan mercun ketika permainan dan tiada lontaran objek ketika perlawanan berlangsung... Penyokong kita???
Sementara itu, Skuad senior pula....
Dah jadi kebiasaan...yang menang dijulang, yang kalah dicemuh..apa pun tak buleh...
Sementara itu, Skuad senior pula....
Dah jadi kebiasaan...yang menang dijulang, yang kalah dicemuh..apa pun tak buleh...
disampaikan oleh
penglipurlara
pada
11:54:00 PM
2
ulasan
Email This
BlogThis!
Share to X
Share to Facebook
Labels:
harimau malaya,
harimau muda
Nov 15, 2011
MISI BUNUH GARUDA
Menjelang sepak mula antara nusantara derby skuad harimau muda vs anak garuda yang dijangka di sajikan dengan aksi sebenar kedua2 pasukan. Skuad harimau muda nampak lebih berupaya untuk mendominasi perlawanan dengan dibarisi ramai pemain yg beraksi pada saingan AFF Suzuki. Kawalan di bahagian pertahanan tampak kemas berdasarkan beberapa perlawanan yg lepas disamping jentera tengah yang agak tenang mengawal permainan. Namun begitu, beberapa kesilapan kecil yang sering dilakukan sebelum ini harus di elakkan jika mahu mencapai kemenangan pada perlawanan tersebut. Pemilihan pemain yang betul2 berada di tahap terbaik harus di ambil kira oleh pengendali skuad harimau muda. Saudara Ong Kim Swee tidak perlu terikut2 gaya pemilihan pemain seperti jurulatih skuad senior yang amat terer tu..keke.
Buat masa ni, peminat kedua2 belah pihak dilaporkan saling provok-memprvok antara satu sama lain sama ada di laman2 sosial, pusat membeli belah, dan pusat asuhan kanak2 (yang ni aku tipu saja).."Di sini beta selaku Sultan Bola ingin menasihatkan kepada para penyokong Malaysia supaya berkelakuan sopan santun supaya kemajuan bola sepak kita dapat dicapai" titah sultan bola ketika disoal tentang perkembangan semasa bola sepak malaysia...tu dia punya cakap la...kalau hangpa nak provok juga apa buleh buat ye dak?
"beta takkan berundur selagi selangor tak capai misi 33"
Selamat maju jaya kepada kepada Harimau Muda.. Kepada anak garuda, salam jari tengah disampaikan..
GARUDA DIBUNUH SAJA!!!!
disampaikan oleh
penglipurlara
pada
1:39:00 PM
0
ulasan
Email This
BlogThis!
Share to X
Share to Facebook
Labels:
FAM,
harimau malaya,
sultan bola
Tuan Tanah
Statistik
Iklan
member
Followers
Blog Archive
Labels
alam dan manusia
(9)
cerita
(8)
FAM
(9)
felda united
(1)
harimau malaya
(6)
harimau muda
(7)
johor fc
(2)
Kedah FA
(3)
Kelantan FA
(1)
kelayakan olimpik
(3)
KLFA
(1)
liga super
(8)
Maal Hijrah
(1)
penyokong
(3)
Sabah FA
(1)
sultan bola
(7)
sultan kedah
(1)
Popular Posts
-
assalamulaikum dan salam sejahtera. Menjelang sepak mula liga super 2012, setiap pasukan telah membuat persiapan memperkuatkan pasukan ma...
-
Sana sini bercakap tentang gagasan 1Malaysia yang di ilhamkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang membawa ideologi kesatua...
-
Bola sepak Malaysia macam biasa selalu memainkan perasaan para peminat. Pada perlawanan kelayakan olimpik menentang Bahrain, kita amat perlu...
Backlink
© Hak Cipta Tuan Tanah 2011. Powered by Blogger.












