Perlawanan bola sepak kelayakan olimpik 2012 di antara Malaysia vs Bahrain yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 27 November 2011 akan menentukan sama ada skuad Harimau Muda akan terus bersaing untuk merebut slot akhir di London. Selepas tewas kepada pasukan Jepun dengan jaringan 2-0 dan yang terbaru tewas kepada skuad Syiria dengan jaringan yang sama selepas baru dinobatkan sebagai johan sukan sea, sedikit sebanyak mencetuskan kegoyahan kepada penyokong lalang setia atas keupayaan skuad bimbingan Ong Kim Swee ini. Faktor keletihan menjadi antara salah satu punca kekalahan pada perlawanan tersebut di samping beberapa pemain utama yang dibelenggu kecederaan.
Berdasarkan kepada aksi yang ditunjukkan pada perlawanan dengan Syiria rabu lepas, skuad Harimau Muda mampu memberi cabaran dan saingan kepada pihak lawan pada separuh masa pertama dengan beberapa percubaan. Namun begitu percubaan-percubaan tersebut gagal diterjemahkan kepada gol. Skrip perlawanan mula berubah pada separuh masa kedua apabila pihak lawan lebih mendominasi padang permainan dengan hantaran-hantaran tepat dan larian-larian kencang untuk menguji benteng pertahanan negara dan berjaya memproleh 2 jaringan gol.
Pada pertembungan dengan Bahrain, beberapa pemain yang dibelenggu kecederaan dilaporkan sudah pulih dan bersedia untuk turun beraksi manakala seorang tonggak pertahanan (Muslim Ahmad) dilaporkan tidak dapat beraksi akibat kecederaan hamstring.
Jika pasukan ini ingin mencipta kejayaan dalam perlawanan tersebut, bahagian serangan perlu di beri perhatian yang serius oleh jurulatih memandangkan bahagian tersebut seolah-olah kurang berfungsi. Selain itu, kesilapan-kesilapan mudah harus dielakkan sepertimana ketika perlawanan-perlawanan sebelum ini. Kita sudah lama mendengar alasan-alasan stereotaip selepas tewas perlawanan bahawa "ini adalah satu pendedahan yang baik kepada pasukan dan kita pasti akan bangkit selepas ini". Namun malangnya dah berapa puluh tahun pakai alasan yang sama tapi kita masih tak bangkit-bangkit.
Fakri janji robek gawang Bahrain
Kritikan 'pedas' peminat dalam laman sosial Facebook sedikit pun tidak menjejaskan azam penyerang Harimau Muda, Ahmad Fakri Saarani untuk merobek gawang Bahrain pada aksi Kelayakan Olimpik 2012 zon Asia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, esok. Malah, Fakri menegaskan, semangat dan keyakinannya berada pada tahap terbaik meskipun dihujani pelbagai tohmahan terutama selepas aksi menentang Syria, Rabu lalu.
"Sasaran utama saya pada perlawanan Ahad ini adalah untuk mendapatkan gol dan itu semua bergantung kepada rezeki dan usaha saya," kata Ahmad Fakri.
(petikan daripada Utusan Malaysia)Jangan janji kosaong saja encik Fakri oiii...yang penting buktikan saja yang anda mampu memberi impak positif dalam pasukan dan tidak semestinya dalam perlawanan tersebut anda perlu skor gol sebijik untuk jadi hero pasukan. Bantu pasukan anda dengan mencipta peluang-peluang untuk menghasilkan gol dan jangan mencipta peluang untuk mengutip kad kuning seterusnya kad merah..ini boleh menjejaskan pasukan secara tidak langsung...Jika itu anda mampu lakukan, pasti ramai dah tidak mengutuk anda lagi...ini cuma cadangan saja..
kedudukan pasukan dalam kumpulan C
melihat pada carta diatas bolehlah disimpulkan bahawa perjalanan pasukan harimau muda dalam saingan kelayakan olimpik hampir tertutup jika tewas pada perlawanan bertemu Bahrain nanti. Setelah mengharungi dua perlawanan dan mencatat dua kekalahan bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan...taktau la kalau ada jugak yang masih berkata ini adalah pendedahan yang baik untuk pasukan! Walaubagaimanapun, sokongan mesti diteruskan untuk meneruskan perjuangan yang tidak mustahil dapat dilakukan. ~TANAH TUMPAH DARAHKU~
3 ulasan:
masalah ngan fakri ni.. dia punya penyudah jerk yg tak berapa menjadi.. banyak peluang depan mata tapi masih tak bleh buat gol.. harap dia improve on his finishing.. serang jer tap tak bleh buat gol tak guna jugak kan..
bosan dgn fakri,sme je dr dlu.. cuba ulas psl tamil arasu plk en penglipura..
betul tu Burnkelana..dia perlu improve dlm banyak segi termasuk mental..aku tengok dia ni pun cepat panas gak..maybe terlalu tertekan. jadi secara tak langsung boleh menyebabkan mutu permainan terganggu..
en.anon..
kita tgh bincangkan masalah fakri sebab dia adalah pilihan utama bukan saja dalam skuad olimpik malah dalam skuad senior. jadi kalau persembahan tak berkualiti yang ditunjukkan, adakah layak dia menyarung jersi kebangsaan. apa pun kita tak boleh nak berterusan cemuh dia. sekurang-kurangnya bagi sedikit sokongan kepada dia supaya lebih bermotivasi.
Post a Comment