yang dinantikan telah tiba akhirnya
Pada satu hari biasa biasa di mana yang tua sibuk beribadat di rumah mahu masuk syurga, yang separuh tua sibuk di pejabat mahu bayar bil, yang muda tak habis-habis berasmara kerana belum dapat dan yang kanak-kanak semakin obes di hadapan TV dan komputer, muncul satu susuk yang tidak asing lagi di kaca TV. Dengan kepala bersongkok,Sultan Bola ingin membuat satu pengumuman yang penting lagi mendebarkan.“Beta dengan ini mengisytiharkan Harimau Malaya dilupuskan dan semua liga bola sepak tempatan dibubar dan dihentikan serta-merta. Semua pemain bola sepak boleh balik kampung tanam jagung,” titah Sultan Bola.Maka terhenti terus pekerjaan seluruh rakyat Malaysia. Semuanya hairan berkerut-kerut kening tertanya-tanya. Semuanya melopong tak tentu hala. Belum dan 5 minit, semuanya sambung kerja seperti biasa.Yang beribadat - sambung bersila, yang bekerja - sambung menjenguk Facebook, yang berasmara - sambung membelek teman masing-masing dan yang kanak-kanak sambung baring sambil mengunyah.Pemain-pemain bola sepak yang buat-buat terkejut pula, bagai lembu pulanglah mereka ke kampung halaman masing-masing. Yang mendengar cakap pergilah dia menanam jagung. Yang pandai bercakap mulalah dia cuba-cuba menjual insurans. Dan yang banyak cakap, terus sibuk dia berpersatuan menuntut pampasan itu dan ini akibat tak pernah menyimpan....
intro cerita malaysia tidak ke piala dunia (Lucius Maximus)
dipetik dari sokernet
ketika masih lagi dalam mood gembira, datang lagi perkara yang lebih mengujakan aku setelah abang posmen berkunjung ke rumah untuk menghantar satu bungkusan yang mengandungi benda paling mabeles iaitu sebuah buku yang tiada dijual di kedai kopi mak num mahupun kedai alat tulis
pek hong..
Ya..kita membuktikan bahawa kita adalah jaguh peringkat Asean sekarang, tapi sampai bila kita hanya berpuas hati setakat ini sahaja? banyak kepincangan dalam pengurusan bola sepak kita sama ada di peringkat negeri mahupun kebangsaan..buat masa ini kita hanya mampu meletakkan target untuk layak ke pentas piala dunia, tapi macamana nak realisasikannya supaya menjadi realiti? jawapan ini hanya sultan bola yang boleh jawab...
prospek pembangunan bola sepak yang selalu diuar-uarkan dari peringkat akar umbi hanya cakap-cakap untuk membodek dan menyedapkan halwa telinga pihak-pihak tertentu sahaja..sedangkan ramai pemain yang masih menanti gaji tertunggak untuk bayar sewa rumah, caruman kwsp masih tertunggak, persatuan bolasepak negeri yang terpaksa menagih ehsan FAM untuk lunaskan hutang-hutang, jadi macamana pembangunan akar umbi nak dijalankan? semua ini memerlukan dana yang besar kalau hendak menjadi sebuah pasukan yang kuat dan power.
oleh itu, tak salah kita memasang impian malaysia layak beraksi di piala dunia...tetapi setiap impian yang dipasang harus disertakan dengan perancangan rapi untuk menuju kearah pencapaian impian gemilang itu.. sekali lagi, hanya sultan bola yang tahu jawapannya...
0 ulasan:
Post a Comment