Showing posts with label cerita. Show all posts
Showing posts with label cerita. Show all posts

Jun 18, 2012

Lapanbelas Jun


Pada suatu masa dahulu, ketika manusia di bumi Malaysia sibuk dengan wawasan 2020, aku telah selamat dilahirkan ke dunia ini. Bermula daripada 0, aku belajar mengenali dunia dengan perlahan-lahan. Emak dan ayah menjadi pembimbing aku dalam proses tumbesaran minda. Sehingga hari ini, telah genap 28 tahun aku dilahirkan, masih tak terbalas budi baik emak dan ayah bersusah payah membesarkan aku.

Aku bersyukur masih dapat melihat dunia hari ini,
Aku bersyukur masih dapat mendengar hari ini,
Aku bersyukur masih diberi peluang menikmati rezeki-Mu.
Entah esok akan ada lagi peluang ini,
aku tak tahu.
 
Menyingkap kembali perjalanan hidup aku di atas muka bumi ini selama 28 tahun, membuatkan aku berasa amat kerdil. Segala kekhilafan entah terampun atau tidak. Aku tak pasti.

Terima kasih emak kerana melahirkan,
Terima kasih ayah kerana berkorban,
Terima kasih kawan memberi tauladan,
Terima kasih juga kepada-Mu, ya Tuhan.

Apr 13, 2012

Kira Ok La 156 Daripada 250

Dikhabarkan ranking FIFA, kedudukan kesultanan bola sepak Malaysia jatuh lagi ke kedudukan yang mendatangkan rasa tidak puas hati dan kecewa kepada rakyat jelata bola sepak tempatan. Walaupun begitu, para pemerintah kesultanan bola sepak malaysia menganggap kedudukan ranking tidak begitu penting bagi "K.P.I" mereka dan menyarankan rakyat jelata bola sepak jangan panik dan jangan menggelabah. "Kesultanan bola sepak ada perancangan tersendiri dan kami telah pun mengatur beberapa perancangan dan strategi tersendiri" ujar panglima perang.

sebenarnya alasan tersebut merupakan alasan yang sama sejak berkurun yang lalu ketika empayar kesultanan bolasepak seluas mata memandang hinggalah kini empayar kesultanan hanya hidup segan, berundur tak mahu. Berbalik kepada perancangan dan strategi yang diutarakan, dikhabarkan juga daripada para cerdik pandai bahawa bagi memperbaiki kedudukan dan mutu permainan, tahun ini sekali lagi kesultanan bola sepak yang kita sayangi membawa skuad meriam daripada tanah england untuk dipertontonkan kepada rakyat jelata. Ini hanyalah helah, maka akan berseronoklah rakyat jelata melompat gembira melihat aksi orang asing tersebut sehingga terlupa kebebalan pentadbiran kesultanan bola sepak nun di kelana jaya sana.




Mar 17, 2012

Cuti Sekolah, Tok Kadi Sibuk

gambar hiasan 

  Musim cuti sekolah yang berlalu dan akan berakhir esok, bukan sahaja membuatkan para pelajar sekolah bergembira menikmati cuti dengan berbagai-bagai aktiviti membina sahsiah diri malahan ada juga yang bergembira dengan membuat aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah.

  Kegembiraan kanak-kanak bercuti sekolah juga turut sama dikongsi oleh pasangan pengantin baru yang melangsungkan pernikahan seiring dengan musim cuti sekolah. Aku menerima banyak jemputan daripada kenalan dan sahabat-sahabat yang berkahwin pada cuti sekolah yang lepas. Nak penuhi semua undangan tak dapatlah, sebab ada undangan yang jauh jaraknya. Walaubagaimanapun, aku cuba juga untuk menghadiri majlis-majlis walimatul urus yang berdekatan disebabkan terpaksa menghadkan jarak perjalanan kerana tugas hakiki juga tak boleh diabaikan. 

 Buat pasangan dan sahabat handai yang baru menempuhi alam rumah tangga, aku ucapkan semoga bahagia berkekalan.

Feb 18, 2012

Sultan, Politikus, dan Bola Sepak berpisah tiada

  Berhubung dengan titah Tengku Mahkota Johor berkenaan dengan cadangan atau saranan untuk menggabungkan ke semua pasukan yang membawa nama Johor supaya menjadi satu pasukan yang bertanding dalam kancah liga Malaysia. Apa yang saya faham dan jelas dengan saranan ini adalah untuk memperkasakan lagi sukan bola sepak negeri Johor, di samping dapat mengembeleng segala sumber kewangan dan minat rakyat Johor supaya lebih tertumpu pada satu pasukan sahaja. Hal ini akan membuatkan stadium akan sentiasa dipenuhi dengan penonton setiap kali perlawanan yang melibatkan pasukan Johor kerana rakyat tidak lagi terkeliru untuk memberi sokongan kepada pasukan Johor yang sebenar.

Feb 12, 2012

Cerita Rakyat 1Malaysia


 Sana sini bercakap tentang gagasan 1Malaysia yang di ilhamkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang membawa ideologi kesatuan antara kaum dalam menjana kemajuan negara. Secara umumnya, Gagasan 1 Malaysia menganjurkan budaya hidup  bahawa walaupun berbeza-beza agama, budaya, cara hidup dan keutamaan pelbagai kaum di Malaysia, mereka  perlu mendekati sesuatu isu daripada perspektif  “Malaysian”. Gagasan 1 Malaysia menekankan  pendekatan di mana kerajaan membantu semua kaum dan golongan yang memerlukan bantuan agar tiada siapapun merasa bahawa mereka telah dipinggirkan dalam arus perdana pembangunan Negara.  

Jan 6, 2012

sembang kucing


Kucing 1: apasal kita lepak dalam longkang ni?
Kucing 2: boring la asyik lepak atas bumbung kete je...lagipun Liga Super pon lambat lagi nak start..

Dec 23, 2011

Kisah Burung


Tersebutlah kisah di sebuah kampung yang bernama Kampung Busut yang indah permai, mempunyai seorang ketua kampung yang berdedikasi dan berkepimpinan tinggi. Ketua Kampung Busut, Pak Wajik namanya, mempunyai hobi seperti kebanyakan ketua kampung lain juga iaitu memelihara burung. Pelbagai burung dipelihara dan dijadikan koleksi olehnya sama ada burung yang boleh terbang seperti burung helang, atau burung yang tak boleh terbang seperti burung unta, mahupun burung yang pandai berenang seperti burung penguin, semuanya ada di laman rumah Pak Wajik.

 Pak Wajik sangat menyanyangi burung-burung peliharaannya dan dijaga dengan rapi. Burung yang sakit akan diberi rawatan segera; begitulah kasihnya Pak Wajik kepada burung-burungnya.. Oh ya, beliau juga mempunyai seorang isteri dan tidak mempunyai cahaya mata, mungkin sebab itu beliau mencurahkan kasih sayangnya kepada isteri dan burung-burungnya sahaja...

Dec 18, 2011

Hanya di Kota Kinabalu


Ok. Entri ni di kongsi daripada blog Tipu Tapi Benar. Setelah menonton klip video, dan membaca dialog yang disertakan dibawah, memang lawak habis...layan ja lah....

 ____________________________________________________________________________________
-Timbak!
-Tumbukan Padu Maut!
-Itu teknik satria baja hitam tu!
-Ya,Sia nampak di tv ba itu..
-Bah macam mana?Kita mau timbak ka ini?
-Bah,Boleh ba kalau kau!
-Pistul basar!
-Flash Kuning!Sasaran!
-BAH!
-Flash Kuning!Apa ko tingu tu?
-Singkulai malai puntut!Buli timbak suda!
-OK!Meriam Laser Cahaya Maut!
-Eh,malas o sia kamu ni…
 _____________________________________________________________________________________

Walaupun ini lawak lama, tapi masih boleh buat aku berdekah-dekah gelak..mungkin kena pada waktunya..haha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...