Feb 18, 2012

Sultan, Politikus, dan Bola Sepak berpisah tiada

  Berhubung dengan titah Tengku Mahkota Johor berkenaan dengan cadangan atau saranan untuk menggabungkan ke semua pasukan yang membawa nama Johor supaya menjadi satu pasukan yang bertanding dalam kancah liga Malaysia. Apa yang saya faham dan jelas dengan saranan ini adalah untuk memperkasakan lagi sukan bola sepak negeri Johor, di samping dapat mengembeleng segala sumber kewangan dan minat rakyat Johor supaya lebih tertumpu pada satu pasukan sahaja. Hal ini akan membuatkan stadium akan sentiasa dipenuhi dengan penonton setiap kali perlawanan yang melibatkan pasukan Johor kerana rakyat tidak lagi terkeliru untuk memberi sokongan kepada pasukan Johor yang sebenar.
  Saya sebagai peminat bola sepak tempatan amat berbesar hati dan amat bersetuju dengan cadangan bernas yang diutarakan. Hal ini kerana dengan penggabungan ini, pasukan negeri Johor akan menjadi lebih berdaya saing dalam kancah liga Malaysia dengan mendapat suntikan penajaan daripada syarikat-syarikat korporat tempatan mahupun antarabangsa. Selama ini, bukan sebab syarikat-syarikat korporat ini tidak berminat memberi tajaan yang besar kepada persatuan bola sepak negeri, tetapi akibat terkeliru dan tidak dapat membezakan yang mana satu pasukan yang mewakili negeri Johor. Maklumlah sampai empat pasukan yang berentap dalam liga Malaysia.

  Bayangkan jika penggabungan ini berjaya membawa kejayaan kepada bola sepak negeri Johor, rasa bangga bukan sahaja dapat dinikmati oleh kalangan rakyat jelata negeri Johor, malah akan memberi rasa iri hati kepada persatuan-persatuan bola sepak negeri lain kerana gagal berfikiran kritis dan inovatif seperti ini untuk menjulang kejayaan. Ini akan menyebabkan idea ini akan diguna pakai disetiap negeri dan bilangan pasukan-pasukan kelab juga dapat dikurangkan dalam arena bola sepak Malaysia.

  Dengan ini, liga Malaysia akan jadi lebih kompetetif dan bilangan pasukan yang bertanding dalam liga Super dan liga Perdana juga dapat dikurangkan hanya kepada 8 pasukan sahaja. Dengan pengecilan ini, pasukan-pasukan dan peminat-peminat bola sepak setiap negeri tidak perlu lagi perlu melalui musim liga yang panjang malah dapat memudahkan jawatankuasa pertandingan FAM untuk menggubal jadual perlawanan.

  Apa yang saya tulis adalah serba sedikit implikasi jika idea yang diutarakan oleh Tengku Mahkota Johor dilaksanakan mampu menaikkan imej bola sepak negeri Johor dan secara tidak langsung akan memberi kesan yang sama terhadap pasukan-pasukan negeri lain juga. Maklumlah pemimpin-pemimpin persatuan bola sepak di Malaysia kebanyakannya tidak mampu mencari idea baru dalam aspek pembangunan dan pentadbiran bagi meningkatkan kualiti urus tadbir mahupun kualiti permainan. Apa yang pandai hanya mencipta alasan dan mengampu.

  Bagaimana pula kesan kepada pasukan kebangsaan? Adakah skuad Harimau Malaya akan menjadi lebih garang atau makin merudum? Dijangkakan kualiti permainan skuad kebangsaan tidak meningkat dengan ketara. Namun begitu, idea penggabungan ini boleh diguna pakai. bagaimana?

  Setelah semua pasukan kelab diserap ke dalam pasukan negeri akan menjadikan pasukan negeri bertambah kuat, cuba pula aplikasikan idea ini dengan bubarkan semua pasukan negeri dan digabungkan hanya menjadi satu pasukan sahaja iaitu Harimau Malaya dan hantar saja bertanding dalam liga Singapura misalnya. Berdasarkan kepada projek skuad Harimau Muda yang dihantar berkelana hingga ke Slovakia, kejayaan mula dinikmati dengan kejayaan Malaysia menjadi juara Asia Tenggara dengan menjadi juara AFF Cup 2010 dan merangkul pingat emas sukan SEA pada 2009 dan yang terbaru 2011.

Bayangkan jika setiap kekuatan yang ada di setiap negeri digabungkan menjadi satu pasukan, nescaya pasukan bola sepak kebangsaan akan pergi lebih jauh di arena antarabangsa. Dengan ini amatlah wajar golongan istana dan ahli politik menjadi pemimpin bola sepak untuk menjadikan Malaysia layak ke piala dunia. LOL


0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...