Showing posts with label harimau muda. Show all posts
Showing posts with label harimau muda. Show all posts

Feb 6, 2012

Goodbye London

Pintu untuk skuad olimpik negara layak ke Olimpik London 2012 sudah tertutup rapat setelah mengalami kekalahan ke-4 dalam saingan kumpulan C sekaligus meletakkan kedudukan pasukan di tempat tercorot tanpa sebarang mata dipungut. Memang amat pedih dan pahit untuk menerima realiti ini. Ada pihak mengatakan bola sepak Malaysia sudah ada peningkatan, ada yang menyatakan sebaliknya dan ada yang tak ambil peduli pun. Realitinya, bola sepak Malaysia masih jauh ketinggalan berbanding dengan negara-negara Asia yang lain.

Nov 28, 2011

Di Sebalik Kekalahan Kepada Bahrain

Bola sepak Malaysia macam biasa selalu memainkan perasaan para peminat. Pada perlawanan kelayakan olimpik menentang Bahrain, kita amat perlukan kemenangan untuk membuka peluang kita terus bersaing merebut slot ke peringkat akhir yang akan berlangsung di London 2012. Malaysia mendahului perlawanan dengan dua gol dan ketika perlawanan memasuki fasa akhir sebelum wisel panjang ditiup pengadil perlawanan, gawang Malaysia bolos dengan tiga gol dalam masa 5minit.. penonton terkejut dengan gol pantas tersebut, pemain terpinga-pinga seakan-akan hilang punca, pasukan lawan sibuk meraikannya, malah tidak kurang juga pengulas-pengulas sambilan sibuk membuat analisia tentang punca kita tewas. Apa pun syabas kepada para pemain, dan syabas juga kepada Ultras Malaya yang sentiasa memberi yang terbaik kepada pasukan kebangsaan. Hari ini, ketika masih dalam mood bermuram durja terpampang di depan akhbar satu tajuk yang agak panas..tak pasti sama ada masalah typo atau sengaja ditulis demikian.
 
 menang disanjung, kalah dicemuh

Ok. Tujuan entri ni ditulis bukan untuk membuat analisis perbandingan corak permainan atau taktikal yang tidak sesuai, bab ni jurulatih lebih arif dan lebih mengenali keupayaan setiap pemainnya. Sebagai penyokong dan pemerhati bola sepak tempatan gaya bebas, aku tak salahkan pemain atas kekalahan tersebut; semuanya dah lakukan yang terbaik. Pujian harus diberikan kepada barisan pemain yang bertungkus lumus menyerang dan bertahan sebaik mungkin walaupun terdapat beberapa pemain yang belum mencapai tahap prestasi yang sebenar akibat mengharungi jadual perlawanan yang padat.

 "ini adalah harga yang perlu dibayar" kata pengendali pasukan Ong Kim Swee ketika ditemubual oleh wartawan sejurus selepas perlawanan. Macam-macam tafsiran bermain dalam kepala aku apabila mendengar bait-bait keluhan yang terpacul dari jurulatih itu..mungkin kata-kata tersebut ditujukan kepada pihak yang berkenaan di Kelana Jaya yang gagal mentadbir bola sepak Malaysia supaya berada di jalan yang lurus.

 Bayangkan sekiranya pasukan yang bertanding di kejohanan Sukan Sea yang lepas adalah pasukan yang berbeza daripada pasukan yang bermain dalam kelayakan olimpik, sekurang-kurangnya masalah kecederaan atau kelesuan pemain dapat dielakkan. Di samping itu, aku percaya akan lebih ramai pemain berbakat akan muncul. sebab apa? sebab pemain yang berbakat ini di beri peluang untuk beraksi. Sepatutnya misi untuk layak ke Olimpik perlu diberi keutamaan, tak kisah kalau kita gagal pertahankan pingat emas sukan Sea di sebabkan menghantar skuad Harimau Muda B yang masih kurang pengalaman, tapi tahukah anda bahawa sekurang-kurangnya pasukan ini mendapat pengalaman kerana muka-muka ini lah yang akan menggantikan skuad Harimau Muda A yang ada sekarang dan muka-muka ini lah juga yang akan membawa cabaran yang melibatkan pasukan U-23. Jika tidak di beri peluang sekarang, bila lagi?

Bukannya pihak di Kelana Jaya tersebut tidak tahu bahawa jadual perlawanan akhir sukan Sea dan perlawanan bertemu Syiria adalah sangat hampir, itupun setelah pasukan Syiria bersetuju menunda perlawanan seperti yang sudah berlangsung baru-baru ini. Mungkin pihak di Kelana Jaya pun ada alasan-alasan mereka yang tersendiri atas sebab-sebab yang berlaku; seperti yang kita sedia maklum, mereka memang pakar dalam bidang alasan ni! ambil satu contoh alasan yang biasa digunakan: "kita menghantar pasukan harimau muda A bertanding di sukan Sea dan seterusnya kelayakan Olimpik kerana sebagai salah satu pendedahan dan hanya ini saja pemain yang terbaik kita ada.LOL" dengan memberi alasan sebegini, lebih terang lagi bersuluh bahawa perancangan pembangunan bola sepak dari akar umbi yang selalu diuar-uarkan adalah kucar-kacir dan tiada hala tuju yang jelas.

Kita ketandusan pemain-pemain berbakat disebabkan oleh perancangan yang tidak teratur dan perlaksanaan program pembangunan yang tidak telus. Budaya subsidi menular dengan parah sehinggakan nak tengok bola pun bersubsidi; pe cer? Sentuh mengenai plan jangka panjang ni, setiap FA negeri juga bertanggungjawab untuk cari n bangunkan bakat-bakat baru. Perkara ini perlu dilakukan melalui akademi-akademi bola sepak yang ditubuhkan di setiap negeri dan perlu wujudkan liga untuk dedahkan pemain-pemain muda ini dengan permainan bola sepak profesional. Tapi apa yang berlaku dalam kebanyakan FA negeri di negara 1malaysia ni? Hancusss...pengurusan kewangan-FAIL.. kebajikan pemain-FAIL.. pastu merungut tak ada syarikat korporat nak taja pasukan-tak patriotik katanya. Jadi buka minda anda melihat realiti bola sepak Malaysia.

Ya, buat masa ni kita merasa menjadi raja asia tenggara..tapi untuk jangka masa 5-10 tahun dari sekarang, ke mana arah tuju kita? adakah kita akan sekali lagi menjadi pasukan belasahan atau hanya sekadar berpuas hati menjadi pelengkap jadual? kalau hanya kerana sedikit kejayaan, tetapi kita mendabik dada seolah-olah tidak perlu berbuat apa-apa lagi kerana kita sudah hebat, aku percaya kita tak akan kemana.

Nov 26, 2011

Kelayakan Olimpik 2012: Malaysia vs Bahrain


 
Perlawanan bola sepak kelayakan olimpik 2012 di antara Malaysia vs Bahrain yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 27 November 2011 akan menentukan sama ada skuad Harimau Muda akan terus bersaing untuk merebut slot akhir di London. Selepas tewas kepada pasukan Jepun dengan jaringan 2-0 dan yang terbaru tewas kepada skuad Syiria dengan jaringan yang sama selepas baru dinobatkan sebagai johan sukan sea, sedikit sebanyak mencetuskan kegoyahan kepada penyokong lalang setia atas keupayaan skuad bimbingan Ong Kim Swee ini. Faktor keletihan menjadi antara salah satu punca kekalahan pada perlawanan tersebut di samping beberapa pemain utama yang dibelenggu kecederaan.

 Berdasarkan kepada aksi yang ditunjukkan pada perlawanan dengan Syiria rabu lepas, skuad Harimau Muda mampu memberi cabaran dan saingan kepada pihak lawan pada separuh masa pertama dengan beberapa percubaan. Namun begitu percubaan-percubaan tersebut gagal diterjemahkan kepada gol. Skrip perlawanan mula berubah pada separuh masa kedua apabila pihak lawan lebih mendominasi padang permainan dengan hantaran-hantaran tepat dan larian-larian kencang untuk menguji benteng pertahanan negara dan berjaya memproleh 2 jaringan gol.

Pada pertembungan dengan Bahrain, beberapa pemain yang dibelenggu kecederaan dilaporkan sudah pulih dan bersedia untuk turun beraksi manakala seorang tonggak pertahanan (Muslim Ahmad) dilaporkan tidak dapat beraksi akibat kecederaan hamstring. 

Jika pasukan ini ingin mencipta kejayaan dalam perlawanan tersebut, bahagian serangan perlu di beri perhatian yang serius oleh jurulatih memandangkan bahagian tersebut seolah-olah kurang berfungsi. Selain itu, kesilapan-kesilapan mudah harus dielakkan sepertimana ketika perlawanan-perlawanan sebelum ini. Kita sudah lama mendengar alasan-alasan stereotaip selepas tewas perlawanan bahawa "ini adalah satu pendedahan yang baik kepada pasukan dan kita pasti akan bangkit selepas ini". Namun malangnya dah berapa puluh tahun pakai alasan yang sama tapi kita masih tak bangkit-bangkit.

Fakri janji robek gawang Bahrain
Kritikan 'pedas' peminat dalam laman sosial Facebook sedikit pun tidak menjejaskan azam penyerang Harimau Muda, Ahmad Fakri Saarani untuk merobek gawang Bahrain pada aksi Kelayakan Olimpik 2012 zon Asia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, esok. Malah, Fakri menegaskan, semangat dan keyakinannya berada pada tahap terbaik meskipun dihujani pelbagai tohmahan terutama selepas aksi menentang Syria, Rabu lalu.
 "Sasaran utama saya pada perlawanan Ahad ini adalah untuk mendapatkan gol dan itu semua bergantung kepada rezeki dan usaha saya," kata Ahmad Fakri.
(petikan daripada Utusan Malaysia)
Jangan janji kosaong saja encik Fakri oiii...yang penting buktikan saja yang anda mampu memberi impak positif dalam pasukan dan tidak semestinya dalam perlawanan tersebut anda perlu skor gol sebijik untuk jadi hero pasukan. Bantu pasukan anda dengan mencipta peluang-peluang untuk menghasilkan gol dan jangan mencipta peluang untuk mengutip kad kuning seterusnya kad merah..ini boleh menjejaskan pasukan secara tidak langsung...Jika itu anda mampu lakukan, pasti ramai dah tidak mengutuk anda lagi...ini cuma cadangan saja..

kedudukan pasukan dalam kumpulan C


melihat pada carta diatas bolehlah disimpulkan bahawa perjalanan pasukan harimau muda dalam saingan kelayakan olimpik hampir tertutup jika tewas pada perlawanan bertemu Bahrain nanti. Setelah mengharungi dua perlawanan dan mencatat dua kekalahan bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan...taktau la kalau ada jugak yang masih berkata ini adalah pendedahan yang baik untuk pasukan! Walaubagaimanapun, sokongan mesti diteruskan untuk meneruskan perjuangan yang tidak mustahil dapat dilakukan. ~TANAH TUMPAH DARAHKU~

Nov 22, 2011

PUAS HATI KA???

gambar hiasan yang dipinjam 
  
Assalamualaikum..
   Pasukan Harimau Muda sekali lagi membuktikan kejagohan mereka dalam kancah bolasepak peringkat asia tenggara dengan sekali lagi merangkul pingat emas sukan sea 2011 selepas membenam ego sang garuda di hadapan penyokong tuan rumah sekali gus mempertahankan pingat emas yang dimenangi pada edisi lepas.. Tahniah diucapkan kepada barisan pemain dan pengendali pasukan. Seperti yang diduga sambutan terhadap pertemuan dua pasukan ini sangat panas dengan pelbagai karenah daripada penyokong indonesia bangang. 

   Tentang game tersebut dilihat agak seimbang dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan untuk menggegar jaring lawan masing-masing. Namun kelihatan jaring gol Malaysia selalu bergegar kerana kerap di tarik oleh Titus Bonai.
 "emangnya gue gemar main jaring" -Tikus Bunai

  Jaringan gol pada perlawanan tersebut juga sangat epic dengan indonesia terlebih dahulu mendapat gol melalui tandukan bagaikan sang garuda khayalan. Namun begitu Harimau Muda tidak mudah mengalah dan melancarkan serangan bertali arus ke kubu pertahanan indonesia...(setakat kubu pertahanan saja tapi tak sampai ke pintu gol). Penantian Harimau Muda untuk mendapatkan gol penyamaan berakhir apabila gerakan cantik daripada kapten pasukan meloloskan diri dalam kotak penalti lawan dan menghantar bola kepada Asrarudin dan ditanduk secara merangkak masuk ke dalam gol. 

 gol jaringan Asrarudin

  Dengan kemenangan kejayaan ini diharap makin ramai mengambil tahu perihal bola sepak Malaysia. Jika di bandingkan dengan perjalanan pasukan Malaysia pada Sea Games yang lepas, ramai daripada rakyat Malaysia tidak ambil peduli pon ketika kita membelasah Timor Leste, ramai yang tak kisah ketika Malaysia tewas 4-1 kepada Vietnam dengan perlawanan yang penuh kontroversi, ramai yang tak tahu Fakri yang sumbat gol menewaskan Thailand....dan org mula ambil tahu setelah Malaysia layak ke separuh akhir, dan lebih ambil kisah setelah berjaya meraih pingat emas. Media-media mula membuat liputan tentangnya dan berlanjutan ke temasya kali ini. Tv3 dah sibuk buat siaran langsung berbanding dua tahun lepas, dah final baru nak ada live..sebab apa? sebab rating siaran langsung separuh akhir yang disiarkan pihak RTM mendapat sambutan yang menggalakkan. Oleh itu, Tv3 wajib tayangkan live perlawanan liga Super musim depan pulak ye dak? apa pun kejayaan meraih pingat emas ini harus dijadikan motivasi dan tonik istimewa kepada skuad Harimau Muda untuk melayan kunjungan Syiria pada perlawanan kelayakan Olimpik 2012 yang akan berlangsung pada 23 November 2011 nanti...

~TAHNIAH HARIMAU MUDA~
~TANAH TUMPAH DARAHKU~ 

sementara itu...............

"tahniah beta ucapkan. kita berjaya mengalahkan indonesia sekali lagi dan ini membuktikan bola sepak kita amat power di bawah naungan beta selaku presiden FAM."

wadefak...tak boring ka asyik jadi juara asean ja...balik-balik rival dengan indon...tak mau ka nak rival dengan Korea atau Arab Saudi  kat piala Asia? tak pun rival dengan Jepun atau Jerman kat piala dunia pulak???? APA PON TAK BULEH....


Nov 19, 2011

MALAYSIA KE FINAL

gol kemenangan oleh Ahmad Fakri
misi pertahan pingat emas diteruskan

walaupun gol yang ditunggu-tunggu lewat tiba, namun kemenangan dengan jaringan 1 gol pada minit akhir perlawanan sudah cukup untuk melayakkan malaysia ke pentas final menanti lawan samaada indonesia atau vietnam. dan berita baik yang diterima- kapten pasukan iaitu Baddrol Bakhtiar akan beraksi di Final kerana kad kuning pertama yang diterima adalah diperingkat kumpulan dan tidak dikira. sementara Ong Kim Swee akan kembali di bahagian teknikal setelah digantung satu perlawanan.
~TANAH TUMPAH DARAHKU~

MALAYSIA VS MYANMAR

Sabtu, 19 November 2011, 5 Petang
Gelora Bung Karno Stadium, Jakarta.
Misi untuk pertahankan ibu segala pingat (kata pengulas sukan) masih berlangsung.. lupakan kejayaan lalu, tumpukan pada perlawanan seterusnya. Myanmar bukan calang2 pasukan untuk di tentang. dengan pergantungan ketua jurulatih Ong Kim Swee, diharap para pemain dapat mengorak langkah bertenaga untuk mara ke peringkat akhir..nak cerita banyak pon xpandai...haha
tunggu game kita tengok apa jadi nanti..
~TANAH TUMPAH DARAHKU~

Nov 18, 2011

MALAYSIA MEMANG POWER

Assalamualaikum
  Harimau Muda seperti yang dijangka dapat membenam ego tuan rumah iaitu sang garuda papua dengan jaringan 1-0. Macam biasa layanan yang kita terima memang "terbaik" dari puak2 indon takdak tamadun tu. Lagu kebangsaan kita sekali lagi tak dihormati menggambarkan betapa mereka amat cemburu dengan kepoweran kita..kehkeh..

 sikap biadap penyokong indonesial

   walaupun begitu kemenangan yang diraih sangat berbaloi lagi2 di hadapan penyokong lawan. Jaringan tersebut dapat mendiamkan seketika riuh rendah di dalam stadium. Seakan-akan tidak percaya dengan apa yang berlaku depan mata, mungkin ada diantara mereka terlopong melihat harimau malaya ganas memporak-perandakan benteng pertahanan sang garuda.

gerakan yg menarik dan penyudah yg cantik

  Sana-sini bercerita tentang kemenangan Malaysia..Relax..kita baru melangkah ke separuh akhir.. masih awal nak untuk kita terlalu berpuas hati..walaupun kita menang perlawanan tersebut, masih ada beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki jika mahu pertahankan pingat emas. Walaupun aku marah dengan tindakan penyokong indonesia tidak menghormati lagu kebangsaan kita, tapi ada satu perkara yang aku nampak bagus ialah tiada letupan mercun ketika permainan dan tiada lontaran objek ketika perlawanan berlangsung... Penyokong kita??? 

   Sementara itu, Skuad senior pula....

 Dah jadi kebiasaan...yang menang dijulang, yang kalah dicemuh..apa pun tak buleh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...