Dec 23, 2011

Kisah Burung


Tersebutlah kisah di sebuah kampung yang bernama Kampung Busut yang indah permai, mempunyai seorang ketua kampung yang berdedikasi dan berkepimpinan tinggi. Ketua Kampung Busut, Pak Wajik namanya, mempunyai hobi seperti kebanyakan ketua kampung lain juga iaitu memelihara burung. Pelbagai burung dipelihara dan dijadikan koleksi olehnya sama ada burung yang boleh terbang seperti burung helang, atau burung yang tak boleh terbang seperti burung unta, mahupun burung yang pandai berenang seperti burung penguin, semuanya ada di laman rumah Pak Wajik.

 Pak Wajik sangat menyanyangi burung-burung peliharaannya dan dijaga dengan rapi. Burung yang sakit akan diberi rawatan segera; begitulah kasihnya Pak Wajik kepada burung-burungnya.. Oh ya, beliau juga mempunyai seorang isteri dan tidak mempunyai cahaya mata, mungkin sebab itu beliau mencurahkan kasih sayangnya kepada isteri dan burung-burungnya sahaja...
 Pada suatu hari, ketika beliau sedang memberi makan kepada burung-burungnya, beliau berasa ada yang tidak kena. "eh, mana pulak pergi si Jonny?" soal Pak Wajik dalam hati sambil mencari-cari Jonny, burung tiong kesayangan beliau. Antara semua burung kepunyaan Pak Wajik, Jonny si tiong adalah yang paling beliau sayang dan apabila di dapati Jonny telah hilang, ini adalah perkara yang paling sukar untuk diterima beliau. Setelah berfikir sejenak, Pak Wajik mendapat satu idea. "sebagai ketua kampung yang dihormati, dan dengan kuasa veto yang ada, aku mesti adakan mesyuarat tergempar untuk selesaikan masalah ini" getus Pak Wajik sambil menghangguk kepala tanda optimis.

 Selang beberapa waktu, semua penduduk kampung telah di panggil berhimpun di dewan serbaguna untuk mengadakan mensyuarat tergempar. Tiada alasan untuk meng-uzur-kan diri dikecualikan menghadiri mesyuarat kali ini hatta dengan alasan demam atau sakit perut kerana sesiapa yang tidak hadir maka hukuman buang daerah akan dikenakan; begitulah seriusnya mesyuarat kali ini.

 Setelah semuanya sudah sampai, Pak Wajik pun berdiri dan mengisytiharkan dirinya pengerusi majlis kerana beliau adalah yang paling tinggi IQ dalam kampung tersebut. Selesai mengucapkan kata-kata aluan dan pujian keatas diri sendiri, agenda utama mesyuarat pun bermula. "Siapa disini ada burung, sila berdiri?" Soal Pak Wajik dengan lantang dan jelas. Disebabkan penduduk kampung mempunyai tahap IQ dan pemahaman yang rendah, maka seluruh hadirin lelaki bangun berdiri. "bukan itu maksud saya, maksud saya, siapa yang pernah tengok burung sila berdiri?" soal beliau dengan harapan para hadirin faham maksud yang sebenar. Mendengar soalan ini, para wanita pula berdiri sambil tersipu-sipu tanda malu-malu kucing. "ah, apa yang mereka fikirkan ni" rungut Pak Wajik sendirian.

 Pak Wajik masih berfikir macamana nak buat soalan yang mudah untuk para hadirin faham dengan jelas. Suasana dalam dewan sedikit riuh. Air kopi dihirup dan beliau dapat ilham lantas microfon dicapai beliau. "ok.ok. abaikan soalan tadi. saya tahu anda susah nak faham maksud sebenar soalan saya." jelas Pak Wajik untuk tenteramkan keadaan yang semakin tak terkawal. "dengar soalan saya baik-baik, siapa yang pernah tengok burung yang bukan kepunyaan sendiri, sila berdiri?" Suasana sepi seketika, kemudian separuh wanita dalam dewan berdiri tanda menjawab soalan yang diajukan tadi.

"bukan kearah itu soalan saya.....apa la bebal sangat ni.!!!" Pak wajik menepuk dahi sendiri disebabkan kebebalan penduduk kampungnya. Dengan muka separa bengis, beliau tanya lagi sambil menepuk meja "maksud saya, siapa yang pernah tengok burung saya!!" sepantas kilat isteri Pak Wajik pun berdiri, disusuli oleh seorang wanita lain. Kemudian berlakulah perang rumah tangga sambil disaksikan oleh para hadirin. LOL.

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...