Dec 10, 2011

Pra Sepak Mula Liga Super 2012: Kuala Lumpur FA

Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) ditubuhkan pada tahun 1974 dengan menggunakan nama Wilayah Persekutuan sebelum ditukar menggunakan nama Kuala Lumpur pada 1986. Pasukan ini menjuarai Liga Malaysia pada 1986 dan 1988 dan mencipta sejarah apabila memenangi Piala Malaysia untuk tiga tahun berturut-turut pada 1987, 1988, dan 1989 selain menjuarai Piala FA  pada 1993, 1994, dan 1999. Pasukan Kuala Lumpur turut mempunyai tradisi dengan pasukan yang berpangkalan di Lembah Klang iaitu Selangor. Pertemuan tersebut dikenali sebagai Klang Valley derby.

Ok. Yang juara tu cerita lama kerana pasukan Kuala Lumpur yang ada sekarang amat jauh kualiti sebagai juara seperti era gemilang pasukan ini pada lewat 80-an dahulu. Pasukan yang ada sekarang boleh diumpamakan hidup segan mati tak mahu;-gaji pemain pun tertunggak (sebenarnya masalah ini berlaku pada hampir kesemua pasukan dalam liga M akibat pengurusan pasukan yang lemah dan huru-hara).

 Walaubagaimanapun, KLFA melakukan kebangkitan mengejut pada saingan Piala Malaysia 2011 apabila hampir melayakkan diri ke peringkat suku akhir. Pada saingan liga super 2011, pasukan ini menamatkan saingan di tangga yang ke-12 daripada 14 pasukan yang bertanding. KLFA bernasib baik kerana pasukan Pahang dan Perlis telah berkorban untuk menyelamatkan daripada terjerumus ke kancah liga Premier musim 2012.

Walaupun terdapat ura-ura mengatakan pasukan KLFA akan menarik diri dari bertanding dalam liga super 2012 akibat kesempitan hidup di kota raya, namun khabar angin ini belum mampu untuk naikkan kembali Pahang ke liga Super. Dengan kelibat dua awang yang diimport khas dari Nigeria (Ayo Hassan Raimi) dan Tunisia (Mehdi Tagawa), sudah pasti pengendali pasukan iaitu Mohd Razip Ismail tersenyum lebar seperti Arsene Wenger meraih kemenangan pertama selepas mengalami kekalahan berturut-turut. Selain itu, disyaki juga pasukan ini mampu menempatkan dalam kelompok pertengahan liga untuk musim 2012.  Selamat maju jaya kepada pasukan KLFA.

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...