Dec 16, 2011

Format Liga Super Berubah Lagi

 Dalam menyebut tentang kemajuan sesebuah liga bola sepak, pelbagai faktor menyumbang ke arah liga bola sepak yang maju diantaranya tahap kompetetif, nilai pasaran, sambutan dan sebagainya. Liga Super Malaysia diiktiraf dalam kelas D. Jika disamakan dengan keputusan peperiksaan pelajar sekolah, gred D adalah keputusan yang agak memuaskan bagi pelajar yang suka ponteng sekolah.

Walaupun Malaysia ditabalkan sebagai "Raja Asean" bukanlah bermakna mutu bola sepak kita makin meningkat secara mendadak sejak kebelakangan ini sepertimana dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan mutu permainan semakin meningkat setelah ketiadaan khidmat pemain import dalam liga domestik. Setelah tiga musim, ada ke nampak seorang striker yang betul-betul sharp di depan gawang gol lawan? Ada nampak tak playmaker yang betul-betul menonjol setiap perlawanan?

 Setelah seharian bermesyuarat dan menghabiskan karipap, maka jawatankuasa pertandingan FAM sebulat suara mendeklarasikan bahawa saingan liga super 2013 akan disertai hanya 12 pasukan. Keputusan ini sangat kepala bana "relevan" di kala liga domestik ini semakin mendapat perhatian khalayak 1malaysia .


Dalam pada itu, Hamidin berkata, hanya 12 pasukan sahaja yang akan kekal beraksi dalam saingan Liga Super 2013 berbanding 14 pasukan pada musim depan.
Selain Lion XII FC katanya, sembilan pasukan terbaik akan kekal dalam aksi Liga Super sementara dua lagi pasukan diisi oleh juara Liga Perdana serta pemenang perlawanan playoff.
“Untuk perlawanan playoff (Liga Super bagi musim 2013), ia akan membabitkan naib juara Liga Perdana 2012 serta tiga pasukan yang menghuni tangga ke-10, 11 dan 12 Liga Super 2012.
“Sementara pasukan tercorot Liga Super musim depan (selain Lion XII FC) pula akan terus diturunkan ke Liga Perdana bagi musim 2013,” katanya. (petikan daripada Kosmo!)
 Hasil daripada sumber risikan yang telah dijalankan, pengurangan pasukan yang bertanding dalam liga super adalah di sebabkan tuntutan para pemain dan pegawai perlawanan yang mengadu kurang masa bersama keluarga dan tuntutan ini adalah selaras dengan tuntutan CEUPACS memandangkan kebanyakan pasukan yang bertanding diuruskan seperti jabatan kerajaan. Ok ini adalah merapu.

 Alasan yang diberikan sebab pengurangan ini adalah untuk meningkatkan lagi mutu liga di samping meningkatkan lagi tahap kompetetif liga...tang mana yang kompetetif pun tak tau. Tahukah para pembaca keputusan-keputusan bangang yang terhasil ini adalah berpunca daripada kejayaan Malaysia jadi "raja Asean". Ya, masa Malaysia menang pingat emas di Laos pada 2009 dahulu kala, di dakwa kita hebat setelah pemain import di haramkan di liga M. Sekali lagi di ulang, ini adalah bangang.

 Semakin lama di lihat semakin huru-hara pengurusan liga tempatan. Ada benar juga cadangan supaya Liga M mesti di urus tadbir oleh sebuah badan bebas, yakni sebuah badan korporat, bermotifkan keuntungan dan profesional supaya liga M kembali menjadi sebuah liga yang mempunyai nilai komersil.

 Penyertaan pasukan yang bertanding juga mestilah dalam jumlah yang kompetetif yaitu di antara 18 hinggan 20 pasukan. Ini secara tidak langsung akan memberi perlawanan kompetetif yang banyak kepada pemain-pemain dan seterusnya menjadikan mutu permainan akan meningkat. Namun perkara ini mungkin tidak terjadi di Malaysia memandangkan pengurusan persatuan dan pasukan yang bertanding masih carca marba dan tunggang langgang. Tak ada makna perubahan format pertandingan yang bertujuan baik tetapi tidak di sambut baik dengan langkah-langkah yang betul. Untuk makluman, sejak Liga Super diperkenalkan pada 2004, format pertandingan dan bilangan pasukan yang bertanding sering berubah-ubah seperti perubahan kedudukan Malaysia dalam ranking FIFA yang semakin merudum.

Untuk menjadi sebuah liga yang kompetetif dan mempunyai nilai pasaran yang tinggi tidak boleh di buat dengan mengubah beberapa perkara yang tidak perlu sedangkan punca sebenar di biarkan menjadi barah. Rombakan besar-besaran perlu dilakukan jika benar mahu menjadi liga bola sepak yang terbaik di Asia Tenggara mahupun Asia.

~sekadar pandangan orang biasa~

 

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...