menang disanjung, kalah dicemuh
Ok. Tujuan entri ni ditulis bukan untuk membuat analisis perbandingan corak permainan atau taktikal yang tidak sesuai, bab ni jurulatih lebih arif dan lebih mengenali keupayaan setiap pemainnya. Sebagai penyokong dan pemerhati bola sepak tempatan gaya bebas, aku tak salahkan pemain atas kekalahan tersebut; semuanya dah lakukan yang terbaik. Pujian harus diberikan kepada barisan pemain yang bertungkus lumus menyerang dan bertahan sebaik mungkin walaupun terdapat beberapa pemain yang belum mencapai tahap prestasi yang sebenar akibat mengharungi jadual perlawanan yang padat.
"ini adalah harga yang perlu dibayar" kata pengendali pasukan Ong Kim Swee ketika ditemubual oleh wartawan sejurus selepas perlawanan. Macam-macam tafsiran bermain dalam kepala aku apabila mendengar bait-bait keluhan yang terpacul dari jurulatih itu..mungkin kata-kata tersebut ditujukan kepada pihak yang berkenaan di Kelana Jaya yang gagal mentadbir bola sepak Malaysia supaya berada di jalan yang lurus.
Bayangkan sekiranya pasukan yang bertanding di kejohanan Sukan Sea yang lepas adalah pasukan yang berbeza daripada pasukan yang bermain dalam kelayakan olimpik, sekurang-kurangnya masalah kecederaan atau kelesuan pemain dapat dielakkan. Di samping itu, aku percaya akan lebih ramai pemain berbakat akan muncul. sebab apa? sebab pemain yang berbakat ini di beri peluang untuk beraksi. Sepatutnya misi untuk layak ke Olimpik perlu diberi keutamaan, tak kisah kalau kita gagal pertahankan pingat emas sukan Sea di sebabkan menghantar skuad Harimau Muda B yang masih kurang pengalaman, tapi tahukah anda bahawa sekurang-kurangnya pasukan ini mendapat pengalaman kerana muka-muka ini lah yang akan menggantikan skuad Harimau Muda A yang ada sekarang dan muka-muka ini lah juga yang akan membawa cabaran yang melibatkan pasukan U-23. Jika tidak di beri peluang sekarang, bila lagi?
Bukannya pihak di Kelana Jaya tersebut tidak tahu bahawa jadual perlawanan akhir sukan Sea dan perlawanan bertemu Syiria adalah sangat hampir, itupun setelah pasukan Syiria bersetuju menunda perlawanan seperti yang sudah berlangsung baru-baru ini. Mungkin pihak di Kelana Jaya pun ada alasan-alasan mereka yang tersendiri atas sebab-sebab yang berlaku; seperti yang kita sedia maklum, mereka memang pakar dalam bidang alasan ni! ambil satu contoh alasan yang biasa digunakan: "kita menghantar pasukan harimau muda A bertanding di sukan Sea dan seterusnya kelayakan Olimpik kerana sebagai salah satu pendedahan dan hanya ini saja pemain yang terbaik kita ada.LOL" dengan memberi alasan sebegini, lebih terang lagi bersuluh bahawa perancangan pembangunan bola sepak dari akar umbi yang selalu diuar-uarkan adalah kucar-kacir dan tiada hala tuju yang jelas.
Kita ketandusan pemain-pemain berbakat disebabkan oleh perancangan yang tidak teratur dan perlaksanaan program pembangunan yang tidak telus. Budaya subsidi menular dengan parah sehinggakan nak tengok bola pun bersubsidi; pe cer? Sentuh mengenai plan jangka panjang ni, setiap FA negeri juga bertanggungjawab untuk cari n bangunkan bakat-bakat baru. Perkara ini perlu dilakukan melalui akademi-akademi bola sepak yang ditubuhkan di setiap negeri dan perlu wujudkan liga untuk dedahkan pemain-pemain muda ini dengan permainan bola sepak profesional. Tapi apa yang berlaku dalam kebanyakan FA negeri di negara 1malaysia ni? Hancusss...pengurusan kewangan-FAIL.. kebajikan pemain-FAIL.. pastu merungut tak ada syarikat korporat nak taja pasukan-tak patriotik katanya. Jadi buka minda anda melihat realiti bola sepak Malaysia.
Ya, buat masa ni kita merasa menjadi raja asia tenggara..tapi untuk jangka masa 5-10 tahun dari sekarang, ke mana arah tuju kita? adakah kita akan sekali lagi menjadi pasukan belasahan atau hanya sekadar berpuas hati menjadi pelengkap jadual? kalau hanya kerana sedikit kejayaan, tetapi kita mendabik dada seolah-olah tidak perlu berbuat apa-apa lagi kerana kita sudah hebat, aku percaya kita tak akan kemana.