Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) ditubuhkan pada tahun 1974 dengan menggunakan nama Wilayah Persekutuan sebelum ditukar menggunakan nama Kuala Lumpur pada 1986. Pasukan ini menjuarai Liga Malaysia pada 1986 dan 1988 dan mencipta sejarah apabila memenangi Piala Malaysia untuk tiga tahun berturut-turut pada 1987, 1988, dan 1989 selain menjuarai Piala FA pada 1993, 1994, dan 1999. Pasukan Kuala Lumpur turut mempunyai tradisi dengan pasukan yang berpangkalan di Lembah Klang iaitu Selangor. Pertemuan tersebut dikenali sebagai Klang Valley derby.
Ok. Yang juara tu cerita lama kerana pasukan Kuala Lumpur yang ada sekarang amat jauh kualiti sebagai juara seperti era gemilang pasukan ini pada lewat 80-an dahulu. Pasukan yang ada sekarang boleh diumpamakan hidup segan mati tak mahu;-gaji pemain pun tertunggak (sebenarnya masalah ini berlaku pada hampir kesemua pasukan dalam liga M akibat pengurusan pasukan yang lemah dan huru-hara).
Walaubagaimanapun, KLFA melakukan kebangkitan mengejut pada saingan Piala Malaysia 2011 apabila hampir melayakkan diri ke peringkat suku akhir. Pada saingan liga super 2011, pasukan ini menamatkan saingan di tangga yang ke-12 daripada 14 pasukan yang bertanding. KLFA bernasib baik kerana pasukan Pahang dan Perlis telah berkorban untuk menyelamatkan daripada terjerumus ke kancah liga Premier musim 2012.
Walaupun terdapat ura-ura mengatakan pasukan KLFA akan menarik diri dari bertanding dalam liga super 2012 akibat kesempitan hidup di kota raya, namun khabar angin ini belum mampu untuk naikkan kembali Pahang ke liga Super. Dengan kelibat dua awang yang diimport khas dari Nigeria (Ayo Hassan Raimi) dan Tunisia (Mehdi Tagawa), sudah pasti pengendali pasukan iaitu Mohd Razip Ismail tersenyum lebar seperti Arsene Wenger meraih kemenangan pertama selepas mengalami kekalahan berturut-turut. Selain itu, disyaki juga pasukan ini mampu menempatkan dalam kelompok pertengahan liga untuk musim 2012. Selamat maju jaya kepada pasukan KLFA.
Dec 10, 2011
Pra Sepak Mula Liga Super 2012: Kuala Lumpur FA
disampaikan oleh
penglipurlara
pada
4:45:00 PM
0
ulasan
Email This
BlogThis!
Share to X
Share to Facebook
Labels:
KLFA,
liga super
Safee Sali Diharamkan Mewakili Harimau Malaya
Salam 1Malaysia (kena jawab Waalaikumsalam 1Malaysia kot). Kecoh diperkatakan bahawa penyerang sensasi Harimau Malaya, Mohd Safee Sali tidak dapat mewakili skuad Malaysia akibat beraksi dalam Indonesia Super League (ISL) yang dikatakan adalah liga yang haram; yakni liga yang tidak diiktiraf oleh Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) dan FIFA. Hal ini berlaku akibat PSSI hanya mengiktiraf Indonesia Premier League (IPL) setelah berlaku revolusi bola sepak di seberang.Walaubagaimanapun, dari sumber-sumber yang boleh dipercayai, Safee Sali masih boleh mewakili skuad kebangsaan kerana kontrak beliau bersama kelab Pelita Jaya yang diperbaharui telah dilakukan sebelum berlakunya perubahan pucuk pimpinan PSSI.
Penubuhan IPL adalah dengan alasan untuk mewujudkan liga yang profesional dan adil disebabkan pada masa itu ISL (liga rasmi) banyak masalah dan lebih-lebih lagi hampir semua kelab ISL pada masa itu bergantung pada dana daripada pemerintah/ kerajaan (sama dengan Malaysia).. IPL di tubuhkan untuk
Buktinya, Safee Sali masih bermain mewakili Malaysia menentang India walaupun pada masa itu Djohar Ariffin sudah menjadi ketua PSSI. Perkara ini hanyalah masalah dalaman PSSI. Safee Sali sudah memanjangkan kontrak bersama kelab Pelita Jaya Julai lalu, dan jika dia berasa terancam akan situasi tersebut, sudah pasti dia tidak menyambung kontrak tersebut. Safee Sali sudah lama dalam bidang bolasepak, pastidia lebih mengetahui baik buruk dan masalah sebenar yang bakal dia hadapi...
ISL telah diharamkan di Indonesia. Pelita Jaya bermain di ISL. Mengikut peraturan FIFA,mana-mana pemain yang bermain di liga haram tidak dibenarkan bermain untuk negara mereka. Kalau Safee Sali terus bermain dgn Pelita Jaya di ISL, beliau boleh dibanned FIFA dari main utk Malaysia kerna main di Liga haram.
Sumber Selengkapnya Disini
Fakta yang perlu kita fahami, ISL pada mulanya adalah liga rasmi di Indonesia, sebelum wujud IPL yang asalnya tidak rasmi .sejak perlantikan ketua PSSI yang baru, Djohar Ariffin...Terdahulu, beliau dan ''konco'' nya menubuhkann IPL (liga tidak rasmi) walaupun pada masa itu sudah ada ISL, liga yang rasmi. Setelah beliau jadi ketua PSSI yang baru, IPL yang beliau tubuhkan dijadikan liga rasmi dan ''black list'' ISL.
Djohar Ariffin
Sebab beliau menubuhkan IPL adalah kerana masa itu ISL penuh dengan masalah..jadual selalu berubah, perlaksanaan yang tidak teratur, pengadil juga teruk..sampaikann salah satu kelab di sana Persib Bandung yang pada masa itu bermain di ISL (liga rasmi sebelum Djohar Ariffin jadi ketua) membuat surat untuk menyewa pengadil dari luar..dan 2 org pengadil dari Malaysia dibawa untuk mengadili perlawanan di sana selama tiga perlawanan.. sangat teruk bukan?
Penubuhan IPL adalah dengan alasan untuk mewujudkan liga yang profesional dan adil disebabkan pada masa itu ISL (liga rasmi) banyak masalah dan lebih-lebih lagi hampir semua kelab ISL pada masa itu bergantung pada dana daripada pemerintah/ kerajaan (sama dengan Malaysia).. IPL di tubuhkan untuk
memperbaiki semua itu. Setelah Djohar Ariffin jadi ketua, beliau jadikan IPL liga rasmi dan ISL liga tidak rasmi.
Berkenaan dengan Safee Sali, dia sudah terlebih dahulu mewakili kelab Pelita Jaya sebelum Djohar Ariffin menjadi ketua PSSI dan ketika itu juga kelab Pelita Jaya yang bermain di ISL masih dianggap rasmi oleh Djohar Ariffin saja. Sebulan sebelum liga indonesia bermula, IPL telah didaftarkan secara rasmi ke FIFA.
Oleh itu, Safee Sali masih boleh mewakili Malaysia sebab dia terlebih dahulu bermin di ISL yang pada mulanya dianggap rasmi walaupun sekarang sudah tidak rasmi lagi. Paling koman pun dia hanya akan dikenakan denda oleh PSSI sebab bermain di ISL yang sudah tidak rasmi.
Buktinya, Safee Sali masih bermain mewakili Malaysia menentang India walaupun pada masa itu Djohar Ariffin sudah menjadi ketua PSSI. Perkara ini hanyalah masalah dalaman PSSI. Safee Sali sudah memanjangkan kontrak bersama kelab Pelita Jaya Julai lalu, dan jika dia berasa terancam akan situasi tersebut, sudah pasti dia tidak menyambung kontrak tersebut. Safee Sali sudah lama dalam bidang bolasepak, pastidia lebih mengetahui baik buruk dan masalah sebenar yang bakal dia hadapi...
Kesimpulannya, Safee Sali masih boleh mewakili Malaysia andai FAM tak masuk campur masalah dalaman PSSI, dan Safee Sali tidak bersalah dan tidak melanggar peraturan FIFA dengan sengaja sebab dia sudah bermain di ISL yang ketika itu masih merupakan liga rasmi dan dia harus kekal di sana sebab mempunyai baki kontrak yang panjang dengan kelab Pelita Jaya yang telah diperbaharui ketika ISL masih lagi merupakan liga rasmi.
disampaikan oleh
penglipurlara
pada
11:08:00 AM
6
ulasan
Email This
BlogThis!
Share to X
Share to Facebook
Labels:
FAM,
harimau malaya
Dec 9, 2011
Pra Sepak Mula Liga Super 2012: Sabah FA
Sabah FA atau sabahawk adalah sebuah pasukan daripada pulau borneo yang beraksi dalam liga super 2012. setelah menamatkan saingan liga super 2011 di tempat yang ke-10, bukanlah satu keputusan yang boleh dibanggakan.
Sejarah pasukan ini dalam Liga Super Malaysia sejak diperkenalkan pada tahun 2004 , prestasi Sabah mula dilihat menurun. Sabah terpaksa berhempas pulas menyelamatkan diri dari penyingkiran ke Liga Perdana pada musim pertama Liga Super. Pada musim berikutnnya Sabah terpaksa akur apabila tersingkir ke Liga Perdana meskipun mempunyai penyerang berbisa Julio Rodriguez yang menjaringkan 18 gol.
Selepas tersingkir ke Liga Perdana, Sabah gagal untuk kembali ke Liga Super. Meskipun bermula baik pada awal musim 2007/08, Sabah hanya sekadar menduduki tangga keempat. Ketibaan jurulatih baru Gary Phillips memulakan kebangkitan prestasi Sabah FA. Dalam masa 7 bulan sahaja khidmat beliau yang bermula pada Disember 2009, Sabah berjaya menduduki tangga ke 2 Liga Perdana sekaligus mengakhiri 6 tahun penantian Sabah FA untuk beraksi di Liga Super.
Walaupun prestasi di liga super agak terumbang ambing, namun pada saingan piala malaysia 2011 Sabah FA membuat kejutan apabila layak beraksi hingga ke peringkat suku akhir meskipun dilabel pasukan bukan pilihan. Berkemungkinan pasukan Sabah FA akan kembali menggegar saingan liga tempatan pada musim 2012 dengan kelibat dua pemain import dari Australia iaitu Brendan Gan dan Michael Baird ..sama-sama kita nantikan.

ok. ini akan menggegarkan jiwa pemain..heheh
disampaikan oleh
penglipurlara
pada
6:42:00 PM
0
ulasan
Email This
BlogThis!
Share to X
Share to Facebook
Labels:
liga super,
Sabah FA
Tuan Tanah
Statistik
Iklan
member
Followers
Blog Archive
Labels
alam dan manusia
(9)
cerita
(8)
FAM
(9)
felda united
(1)
harimau malaya
(6)
harimau muda
(7)
johor fc
(2)
Kedah FA
(3)
Kelantan FA
(1)
kelayakan olimpik
(3)
KLFA
(1)
liga super
(8)
Maal Hijrah
(1)
penyokong
(3)
Sabah FA
(1)
sultan bola
(7)
sultan kedah
(1)
Popular Posts
-
assalamulaikum dan salam sejahtera. Menjelang sepak mula liga super 2012, setiap pasukan telah membuat persiapan memperkuatkan pasukan ma...
-
Sana sini bercakap tentang gagasan 1Malaysia yang di ilhamkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang membawa ideologi kesatua...
-
Bola sepak Malaysia macam biasa selalu memainkan perasaan para peminat. Pada perlawanan kelayakan olimpik menentang Bahrain, kita amat perlu...
Backlink
© Hak Cipta Tuan Tanah 2011. Powered by Blogger.