Mar 17, 2012

Cuti Sekolah, Tok Kadi Sibuk

gambar hiasan 

  Musim cuti sekolah yang berlalu dan akan berakhir esok, bukan sahaja membuatkan para pelajar sekolah bergembira menikmati cuti dengan berbagai-bagai aktiviti membina sahsiah diri malahan ada juga yang bergembira dengan membuat aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah.

  Kegembiraan kanak-kanak bercuti sekolah juga turut sama dikongsi oleh pasangan pengantin baru yang melangsungkan pernikahan seiring dengan musim cuti sekolah. Aku menerima banyak jemputan daripada kenalan dan sahabat-sahabat yang berkahwin pada cuti sekolah yang lepas. Nak penuhi semua undangan tak dapatlah, sebab ada undangan yang jauh jaraknya. Walaubagaimanapun, aku cuba juga untuk menghadiri majlis-majlis walimatul urus yang berdekatan disebabkan terpaksa menghadkan jarak perjalanan kerana tugas hakiki juga tak boleh diabaikan. 

 Buat pasangan dan sahabat handai yang baru menempuhi alam rumah tangga, aku ucapkan semoga bahagia berkekalan.

Feb 18, 2012

Sultan, Politikus, dan Bola Sepak berpisah tiada

  Berhubung dengan titah Tengku Mahkota Johor berkenaan dengan cadangan atau saranan untuk menggabungkan ke semua pasukan yang membawa nama Johor supaya menjadi satu pasukan yang bertanding dalam kancah liga Malaysia. Apa yang saya faham dan jelas dengan saranan ini adalah untuk memperkasakan lagi sukan bola sepak negeri Johor, di samping dapat mengembeleng segala sumber kewangan dan minat rakyat Johor supaya lebih tertumpu pada satu pasukan sahaja. Hal ini akan membuatkan stadium akan sentiasa dipenuhi dengan penonton setiap kali perlawanan yang melibatkan pasukan Johor kerana rakyat tidak lagi terkeliru untuk memberi sokongan kepada pasukan Johor yang sebenar.

Feb 12, 2012

Cerita Rakyat 1Malaysia


 Sana sini bercakap tentang gagasan 1Malaysia yang di ilhamkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang membawa ideologi kesatuan antara kaum dalam menjana kemajuan negara. Secara umumnya, Gagasan 1 Malaysia menganjurkan budaya hidup  bahawa walaupun berbeza-beza agama, budaya, cara hidup dan keutamaan pelbagai kaum di Malaysia, mereka  perlu mendekati sesuatu isu daripada perspektif  “Malaysian”. Gagasan 1 Malaysia menekankan  pendekatan di mana kerajaan membantu semua kaum dan golongan yang memerlukan bantuan agar tiada siapapun merasa bahawa mereka telah dipinggirkan dalam arus perdana pembangunan Negara.  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...