Nov 28, 2011

Di Sebalik Kekalahan Kepada Bahrain

Bola sepak Malaysia macam biasa selalu memainkan perasaan para peminat. Pada perlawanan kelayakan olimpik menentang Bahrain, kita amat perlukan kemenangan untuk membuka peluang kita terus bersaing merebut slot ke peringkat akhir yang akan berlangsung di London 2012. Malaysia mendahului perlawanan dengan dua gol dan ketika perlawanan memasuki fasa akhir sebelum wisel panjang ditiup pengadil perlawanan, gawang Malaysia bolos dengan tiga gol dalam masa 5minit.. penonton terkejut dengan gol pantas tersebut, pemain terpinga-pinga seakan-akan hilang punca, pasukan lawan sibuk meraikannya, malah tidak kurang juga pengulas-pengulas sambilan sibuk membuat analisia tentang punca kita tewas. Apa pun syabas kepada para pemain, dan syabas juga kepada Ultras Malaya yang sentiasa memberi yang terbaik kepada pasukan kebangsaan. Hari ini, ketika masih dalam mood bermuram durja terpampang di depan akhbar satu tajuk yang agak panas..tak pasti sama ada masalah typo atau sengaja ditulis demikian.
 
 menang disanjung, kalah dicemuh

Ok. Tujuan entri ni ditulis bukan untuk membuat analisis perbandingan corak permainan atau taktikal yang tidak sesuai, bab ni jurulatih lebih arif dan lebih mengenali keupayaan setiap pemainnya. Sebagai penyokong dan pemerhati bola sepak tempatan gaya bebas, aku tak salahkan pemain atas kekalahan tersebut; semuanya dah lakukan yang terbaik. Pujian harus diberikan kepada barisan pemain yang bertungkus lumus menyerang dan bertahan sebaik mungkin walaupun terdapat beberapa pemain yang belum mencapai tahap prestasi yang sebenar akibat mengharungi jadual perlawanan yang padat.

 "ini adalah harga yang perlu dibayar" kata pengendali pasukan Ong Kim Swee ketika ditemubual oleh wartawan sejurus selepas perlawanan. Macam-macam tafsiran bermain dalam kepala aku apabila mendengar bait-bait keluhan yang terpacul dari jurulatih itu..mungkin kata-kata tersebut ditujukan kepada pihak yang berkenaan di Kelana Jaya yang gagal mentadbir bola sepak Malaysia supaya berada di jalan yang lurus.

 Bayangkan sekiranya pasukan yang bertanding di kejohanan Sukan Sea yang lepas adalah pasukan yang berbeza daripada pasukan yang bermain dalam kelayakan olimpik, sekurang-kurangnya masalah kecederaan atau kelesuan pemain dapat dielakkan. Di samping itu, aku percaya akan lebih ramai pemain berbakat akan muncul. sebab apa? sebab pemain yang berbakat ini di beri peluang untuk beraksi. Sepatutnya misi untuk layak ke Olimpik perlu diberi keutamaan, tak kisah kalau kita gagal pertahankan pingat emas sukan Sea di sebabkan menghantar skuad Harimau Muda B yang masih kurang pengalaman, tapi tahukah anda bahawa sekurang-kurangnya pasukan ini mendapat pengalaman kerana muka-muka ini lah yang akan menggantikan skuad Harimau Muda A yang ada sekarang dan muka-muka ini lah juga yang akan membawa cabaran yang melibatkan pasukan U-23. Jika tidak di beri peluang sekarang, bila lagi?

Bukannya pihak di Kelana Jaya tersebut tidak tahu bahawa jadual perlawanan akhir sukan Sea dan perlawanan bertemu Syiria adalah sangat hampir, itupun setelah pasukan Syiria bersetuju menunda perlawanan seperti yang sudah berlangsung baru-baru ini. Mungkin pihak di Kelana Jaya pun ada alasan-alasan mereka yang tersendiri atas sebab-sebab yang berlaku; seperti yang kita sedia maklum, mereka memang pakar dalam bidang alasan ni! ambil satu contoh alasan yang biasa digunakan: "kita menghantar pasukan harimau muda A bertanding di sukan Sea dan seterusnya kelayakan Olimpik kerana sebagai salah satu pendedahan dan hanya ini saja pemain yang terbaik kita ada.LOL" dengan memberi alasan sebegini, lebih terang lagi bersuluh bahawa perancangan pembangunan bola sepak dari akar umbi yang selalu diuar-uarkan adalah kucar-kacir dan tiada hala tuju yang jelas.

Kita ketandusan pemain-pemain berbakat disebabkan oleh perancangan yang tidak teratur dan perlaksanaan program pembangunan yang tidak telus. Budaya subsidi menular dengan parah sehinggakan nak tengok bola pun bersubsidi; pe cer? Sentuh mengenai plan jangka panjang ni, setiap FA negeri juga bertanggungjawab untuk cari n bangunkan bakat-bakat baru. Perkara ini perlu dilakukan melalui akademi-akademi bola sepak yang ditubuhkan di setiap negeri dan perlu wujudkan liga untuk dedahkan pemain-pemain muda ini dengan permainan bola sepak profesional. Tapi apa yang berlaku dalam kebanyakan FA negeri di negara 1malaysia ni? Hancusss...pengurusan kewangan-FAIL.. kebajikan pemain-FAIL.. pastu merungut tak ada syarikat korporat nak taja pasukan-tak patriotik katanya. Jadi buka minda anda melihat realiti bola sepak Malaysia.

Ya, buat masa ni kita merasa menjadi raja asia tenggara..tapi untuk jangka masa 5-10 tahun dari sekarang, ke mana arah tuju kita? adakah kita akan sekali lagi menjadi pasukan belasahan atau hanya sekadar berpuas hati menjadi pelengkap jadual? kalau hanya kerana sedikit kejayaan, tetapi kita mendabik dada seolah-olah tidak perlu berbuat apa-apa lagi kerana kita sudah hebat, aku percaya kita tak akan kemana.

Nov 27, 2011

Airhorn: Perlu Atau Tidak?






Entri kali ni lain sikit daripada yang lain sebab aku nak bercerita pula tentang penggunaan air horn dalam stadium ketika menonton perlawanan bolasepak-patut guna atau tidak? Pertama sekali aku nak ucapkan kepada para penyokong Malaysia yang hadir ke stadium-stadium untuk memberi sokongan kepada pasukan negeri masing-masing mahupun kepada pasukan kebangsaan. Dengan kehadiran anda semua ke stadium akan memberi lebih dorongan dan motivasi kepada para pemain yang beraksi di tengah padang. Namun begitu, kehadiran anda ke stadium, walaupun dengan jumlah yang terlampau ramai sehingga tiada ruang kosong dalam stadium tidak membawa apa-apa makna sekiranya kelibat anda di stadium hanya bertujuan nak membuat bising tak tentu hala dengan membunyikan airhorn masing-masing.

 "apa gua peduli? gua yang beli sendiri airhorn ni..bukan mintak duit lu pun...yang lu lebih-lebih apahal?" kata salah seorang glory hunter. Memang tak jadi masalah tu duit lu sendiri, tapi lu tak fikir lu buat bising tak tentu hala akan buat telinga gua panas.. 

 Penggunaan airhorn ini makin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini lebih-lebih lagi ketika perlawanan-perlawanan besar termasuklah ketika perlawanan yang melibatkan pasukan kebangsaan. Tidak dapat dipastikan samaada golongan ini suka jenis membuat bising, menjual roti atau saja ikut-ikut. Kalau kepada yang suka buat bising dinasihatkan supaya join chant ultras malaya supaya kedengaran lebih teratur tapi harus diingat-NO AIRHORN.

 gambar hiasan

Dalam memberi sokongan kepada pasukan biarlah bijak dan kena pada caranya. Membuat bising bukan satu bentuk sokongan yang betul dan ianya hanya membuatkan keadaan menjadi lebih buruk. Banyak inplikasi yang tidak terfikir sebagai contoh akan mengganggu komunikasi antara pemain di atas padang disebabkan frekuansi yang tinggi dihasilkan bunyi bising dan bingit daripada airhorn. Bila komunikasi terganggu, permainan tak menjadi seperti yang dirancang dan akan mempengaruhi keputusan perlawanan. Bila keputusan perlawanan tak memuaskan pandai pulak golongan ni nak kritik pemain dengan macam-macam ulasan. Contohi semangat menyokong seperti negara-negara lain yang memberikan sorakan padu tanpa berbelah bagi (penyokong Indon tak termasuk dalam ni). Oleh itu, perlu atau tidak penggunaan airhorn ni bergantung kepada individu dan niat ke stadium. kalau ikhlas dan memang jiwa untuk menyokong, aku percaya tak ada lagi kedengaran airhorn.

 ~NO AIRHON, MORE CHANTS~

Salam Maal Hijrah


 Salam Maal Hijrah (1433H) kepada muslimin dan muslimat sekalian.
 Semoga tahun hijrah yang baru membawa keberkatan dan menjadikan kita lebih baik dari sebelum ini.
 Kembalilah bersatu atas nama islam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...