Jan 20, 2012

Kedah vs Kelantan

Sudah 3 perlawanan bola sepak liga super sudah berlalu dengan pelbagai keputusan telah terhasil, pelbagai isu yang agak bengong, dan sebagainya. Seperti yang telah semua tahu, kedudukan semasa liga super 2012 di dominasi oleh pasukan dari pantai timur iaitu T-Team, Kelantan dan Terengganu.


 Hari ini, iaitu pada 20/01/2012, perlawanan ke-4 liga super 2012 akan menemukan skuad kenari @ Kedah dan happy Kelantan warrior yang diharap mempamerkan aksi yang terbaik untuk musim ini. Walaupun rekod menunjukkan Kelantan sukar mencatat keputusan yang memberansangkan di Stadium Darul Aman, melihat kepada prestasi semasa Skuad Hijau Kuning mendatangkan kegusaran kepada pengendali pasukan mahupun penyokong.

 Jika dilihat kepada senarai pemain hijau kuning pada tahun ini, kedah mampu menjadi antara pasukan yang menjadi pencabar kuat dalam saingan liga. Namun setelah 3 perlawanan yang dilalui menunjukkan seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena dengan pasukan. Macam-macam spekulasi timbul akibat persembahan hambar yang ditunjukkan. Adakah pemain menunjukkan protes terhadap KFA di atas padang? hanya yang terlibat mengetahui perkara sebenar.

Berbalik kepada perlawanan ini, rombakan pada kesebelasan utama pasukan kenari pasti dilakukan oleh pengendali pasukan bagi mencipta gol dan seterusnya mendapatkan kemenangan pertama setelah gagal dalam perlawanan sebelumnya. Pemain yang kurang cergas dan kurang membantu taktikal harus direhatkan seterusnya memberi peluang kepada pemain yang mampu bermain dengan baik. Kedah tidak boleh lagi seri atau tewas dalam perlawanan ini jika mahu menjadi gergasi bola sepak utara.

 Harus diingat, pasukan Kelantan juga pastinya bertandang ke Alor Setar bukan hanya mahu melawat Pekan Rabu dan beli ikan perkasam, malah misi mereka adalah membawa pulang 3 mata penuh bagi mengukuhkan kedudukan di puncak liga.

Akhir kata, sokongan kepada pasukan Kenari mesti diteruskan. Namun, buat KFA, tolong fikir macamana nak selesaikan masalah yang membelenggu pasukan ketika ini. Kalau pasukan tiada true striker, cuba dapatkan. kalau pasuka tiada mastermind  player, cuba dapatkan.  Jika bajet yang dikeluarkan hanya untuk mendapatkan sebuah kancil second hand, jangan harap kita akan sampai ke bulan.

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...