Dec 9, 2011

Pra Sepak Mula Liga Super 2012: Johor FC





Sementara menunggu liga super 2012 bermula, dan ketika jari jemari ini rajin nak menaip, apa kata aku buat review sikit-sikit pasal pasukan yang akan bertanding dalam liga super 2012 nanti. nak harapkan media, cerita pasal artis banyak la..hehe.

 Ok. kita mula dengan pasukan yang kurang power dulu..hehe (marah orang Johor nanti)... baiklah..untuk pengetahuan semua, pasukan ini dibimbing oleh jurulatih yang sebelum ini membimbing selangor untuk memenangi gelaran liga super musim 2009 dan musim 2010 namun tak mampu bawa selangor untuk memenangi piala malaysia yang ke 33.


 Pada musim 2011, Johor fc mengakhiri saingan liga pada tangga ke-7, berbanding di tempat ke-5 pada musim 2010. Jika dilihat pada rekod sebelum ini, pasukan Johor fc adalah pasukan kelab yang paling lama bertahan (maksud aku umur panjang) berbanding pasukan-pasukan kelab lain yang telah bungkus setelah beraksi dalam beberapa musim. Berikut adalah rekod pencapaian Johor FC dalam kancah bola sepak tempatan:

1988 Menjuarai Piala Sultan Johor dan layak bertanding dalam Piala FAM

1994 Juara Piala FAM

1995 Juara Piala FAM

1996 Naib Juara Piala FAM

1997 Juara Liga Perdana 2, Kelab pertama yang bermain dalam Liga Perdana

1998 Tempat ke 5 dalam Liga Perdana 2 , Layak ke pusingan kedua Piala FA

1999 Tempat ke 3 Liga Perdana 2 , Pusingan pertama Piala FA

2000 Tempat ke 3 dalam Liga Perdana 2, Pusingan pertama Piala FA, Pasukan kelab pertama layak ke suku akhir Piala Malaysia

2001 Juara Perdana 2 dan dinaikkan ke Liga Perdana 1, Layak ke suku akhir Piala FA

2002 Menduduki tempat ke 6 dalam Liga Perdana 1, Layak ke pusingan kedua Piala FA

2003 Menduduki tempat ke 7 dalam Liga Perdana 1, Layak ke suku akhir Piala FA dan Piala Malaysia

2004 Menduduki tempat ke 3 dalam Liga Perdana Kump A, Menduduki tempat ke 4 Kumpulan D Piala Malaysia, Layak ke suku akhir Piala FA

2005 Menduduki tempat ke 3 dalam Liga Perdana Kumpulan B, Pusingan pertama Piala FA dan menduduki tempat ke 4 kumpulan C Piala Malaysia

2005/06 Menduduki tempat ke 3 dalam Liga Perdana Kumpulan B, Pusingan pertama Piala FA dan menduduki tempat ke 4 kumpulan B Piala Malaysia. Layak ke Liga Super 2006/07

2008 Menduduki tempat ke 4 dalam Liga Super dan layak ke separuh akhir Piala Malaysia
Kelab paling lama menyertai saingan Piala Malaysia sejak penampilan pertama mereka pada 2000

dan satu lagi tambahan, Johor Fc adalah salah satu pasukan yang berstatus kelab yang bermain di Piala AFC 2009 setelah pasukan Negeri yang layak telah menarik diri akibat sebab-sebab tertentu..kesungguhan untuk bermain di peringkat yang lebih tinggi harus dipuji. sesungguhnya dalam saingan liga super 2012 pasukan ini mampu menjadi antara pencabar yang kuat.

 antara barisan pemain musim2012 berjersi ala-ala barcelona
 gambar diambil daripada fanpage
Kelab Penyokong Siber Johor FC (JohorFC.com)

enjut lebah enjut

Dec 5, 2011

Bola Sepak Kedah Hebat, Mewah, Tapi kecundang


Mukadimah

Kedudukan dan mutu Bolasepak Kedah masakini sewajarnya mencapai takrifan sebagai memalukan walaupun banyak wang telah dibelanjakan tetapi peningkatan dari segi pasukan berkualiti dan tahap masih menjadi satu impian, walaupun bukan satu igauan yang perlu menekankan, rombakan dan pembaharuan dalam persatuan dan dalam pengurusan pasukan Liga Super dan Liga Presiden dan lain-lain pertandingan.

Berjuta ringgit telah dibelanjakan tanpa membawa sebarang kesan yang boleh dianggap satu kejayaan. Disebalik komen dan pendapat yang dinyatakan meluas dalam urusan dan iteraksi harian yang boleh membawa hasil yang baik atau disebaliknya sering didengari tetapi sayangnya telah dikaitkan dengan kegagalan.



Sejarah Kejayaan dan Kedudukan Semasa

Tercatit dalam sejarah bolasepak kedah bahawa pasukan kita telah muncul dengan kebangkitan cemerlang dan melayakan diri bertanding diperingkat kebangsaan dengan mencapai beberapa kemenangan diawal diawal tahun 1984 sehingga 1996 iaitu di bawah kempimpinan YAB Menteri Besar Kedah ketika itu Tan Sri Othman Bin Arof sebagai Presiden, dan Allahyarham Dato' Paduka Hj. Ahmad Basri Bin Mohd akil sebagai Timbalan Presiden dan pengerusi esekutif, selain berperanan sebagai pengurus pasukan dengan mendorong segala usaha adalah peminat nombor satu KDYMM Tuanku Sultan Kedah sendiri yang begitu prihatin terhadap bolasepak Kedah malahan sehingga sekarang.

Selepas usaha awal membangunkan pasukan melalui tahun 1984, pasukan Jelapang Padi telah mncul dalam pertandingan akhir Piala Malaysia pada tahun 1987 kali kedua sejak kemunculan pertama 47 tahun yang lalu pada tahun 1940.

Dengan penampilan ini maka terciptalah gelaran sebagai pasukan Hijau Kuning dan juga lagu pasukan yang berkemundang ketika itu, tetapi sekarang hanya tinggal nama sahaja.


Era 80 dan 90 an

Dalam masa tujuh tahun dari 1987 sehingga 1993, Kedah berjaya ke perlawanan akhir Piala Malaysia sebanyak 6 kali, manakala dalam masa 12 tahun diantara 1984 sehingga awal 1996 pasukan Kedah telah menjuarai semua piala yang dipertandingkan.

Piala Malaysia 2 kali, Piala FA, Piala Sumbangsih, Piala Emas Raja-Raja, Piala Agong, Pasukan Bersih, Pemain terbaik (Hj. Radhi Mad Din), dan pemain harapan ( Fariza Ismail). Pasukan Kedah ketika itu menjadi kebanggan rakyat yang dihormati, bukan lagi pasukan belasahan disamping faedah dan manfaat kepada sosio budaya dan sosio politik masyarakat.


Masa Depan Pasukan Kedah

Pada masa kini, kita masih belum dapat menggambarkan dengan jelas bentuk pasukan Kedah yang akan menghadapi persaingan di masa hadapan yang menjadi tanda tanya ialah kenapa kelantan, terengganu, Selangor, Negeri Sembilan, yang pernah kita kalahkan dahulu, kini mampu melayakan diri ke perlawanan akhir Piala Malaysia ini yang menjadi persoalan pada semua peminat kita.


Bola Sepak Liga Profesional

Wawasan Baik

Rancangan dan hasrat menjadikan bola sepak tempatan kita sebagai satu jenis sukan profesional yang utama di negara kita adalah satu wawasan yang baik. Sukan profesional ini bererti bola sepak akan menjadi satu industri sukan yang mampu menjana ekonomi, menarik penoton dan penaja berdaya maju dari segi pelaburan dan pulangan menjadi sumber kerjaya yang baik lagi mencabar kepada pemain-pemain yang berbakat.

Kesan Positif

Dari segi pembangunan secara umumnya industri bolasepak profesional seharusnya dapat membantu pembangunan melalui pelunag kerjaya yang diwujudkan selain dari sumber perniagaan kepada penghasilan bahan utama dan juga peniaga kecil. Manakala dari segi sosio budaya masyarakat ia membantu perpaduan melainkan berbentuk hiburan sihat dan sewajarnya menyumbang ke arah kelahiran semangat menyokong serta sikap bertanggunjawab, prihatin, jatidiri dan bersatu padu.

Pembangunan Melalui Akademi 

Kedah denga sendirinya sejak 1990 telah melancarkan projek pembangunan bola sepak jangka panjang yang melibatkan bakat-bakat muda dinamakan projek menjelang 2000. apabila modal pembangunan akademi yang dilaksanakan di Kedah telah mendapat perhatian FAM konsep pembangunan ini berjaya, kenapa Kedah tidak meneruskan projek ini?

Kegagalan Perlaksanaan 

Sayangnya berpunca dari sikap sebilangan pegawai perlaksanaanya tidak memperlihatkan kesungguhan selepas kejayaan projek menjelang 2000, KFA tidak lagi berminat untuk meneruskan kesinambungan walaupun FAM menamatkan projek ini.

KESIMPULAN

Kesimpulan yang di atas kegagalan ini adalah:-

Bola sepak Kedah, sejak Mac 2008 di bawah kepimpinan baru telah gagal dalam persaingan dalam Liga Malaysia, sedangkan pasukan kita dibarisi bekas pemain-pemain Malaysia dan pemain yang masih lagi menyarung jersi Malaysia yang mewakili Negeri kedah 2008-2011.

Kegagalan KFA mengadakan "LIGA K" yang dianjurkan setiap tahun bagi merebut Piala KDYMM, Piala Raja Muda dan Piala Presiden, tidak diadakan selama 3 tahun kebelakangan ini.

Persatuan Bolasepak Kedah yang diterajui kepimpinan yang berkaliber dan jawatankuasa eksekutif, telah gagal menjayakan dan merancang Liga tempatan, pembangunan akar umbi, pengadilan dan kejurulatihan.

Persatuan Bolasepak Kedah gagal dan tidak prihatin terhadap keperluan pada satu program pembangunan yang tersusun berjangka masa panjang dan sehingga kini masih tidak menentu dalam menghadapi keperluan utama menjayakan bolasepak secara menyeluruh di Negeri Kedah.

Persatuan bolasepak Kedah gagal dalam bertindak dan berinteraksi untuk melahirkan gandingan kerja dan kemampuan bertindak yang selaras dikalangan ahli-ahli gabungannya, sebaliknya lebih berlagak dengan memegang jawatan dalam persatuan dari merealisasikan kehendak bolasepak dan peminat.

Sikap kakitangan, petugas dalam pentadbiran KFA tidak selaras dengan aspirasi pembangunan bolasepak yang menjadi tanggungjawab mereka dari segi perlaksanaan mereka lebih dilihat membangkitkan halangan seolah-olah ada unsur kurang sihat.

Sebilangan jawatankuasa dan kaitangan KFA yang bertugas di bawah kepimpinan KFA kurang arif dibidang pentadbiran dan pengurusan pasukan dari segi latarbelakang dan pengalaman mereka. Mereka memang arif dari segi memberi khursus, ceramah dan sebagainya, tetapi kurang faham dari segi kehendak aspek bolasepak masa kini.

Kepimpinan KFA tidak membanru membaiki keadaan pasukan yang ada, kerana pucuk kempimpinan lepas tangan kepada Pengurusan Pasukan dan amat bergantung kepada penasihat dan panduan yang tidak ada pengetahuan dalam bidang bolasepak dan tidak bersikap positif.

Ahli-ahli gabungan dari 12 Daerah yang menjadi ahli gabungan KFA tidak dapat menyuarakan hasrat mereka, kerana mereka tidak lagi berada dalam Ahli Majlis atau jawatankuasa Eksekutif, bagaimana Daerah hendak bergerak dan memartabatkan bolasepak bagi mencari bakat.

Ada jawatankuasa eksekutif yang dilantik semasa menyuarat Agong terlalu hormat kepada kepimpinan KFA tidak ingin terpinggir atau mengharap sesuatu.

Ada juga Ahli Jawatankuasa yang lebih mengutamakan kepentingan diri mereka dan menghadirkan diri dalam mesyuarat hanya untuk menyatakan "YA" dalam segala hal.

Pada keseluruhannya KFA adalah persatuan sukan yang kaya dari sukan-sukan lain dan bertanggungjawab menguruskan sukan bolasepak yang paling popular di dunia, tetapi KFA telah gagal mengurus, melaksanakan peranan untuk mencapai kejayaan yang sewajarnya. Apa yang dilihat pengurusan dan pentadbiran yang kurang sempurna secara menyeluruh dan profesional.


REMEDI

Untuk memulihkan KFA kelandasan yang tepat bagi memajukan bolasepak Kedah disemua peringkat maka perubahan drastik perlu perlu dibuat untuk mengubah rupa bentuk dan sistem pengurusan dengan mengadakan berbagai liga tempatan, projek pembangunan kejurulatihan pengadil dan sebagainya.

Kepimpinan dan jawatankuasa dari kalangan mereka yang mampu dan sanggup berinteraksi dengan cara terbuka bagi menjayakan kemajuan bolasepak negeri Kedah.

Bahagian pentadbiran, pengurusan dan jawatankuasa perlu disusun semula, mereka yang cekap dan bertanggungjawab hendaklah diberi tugas utama. Ketua pentadbiran hendaklah mempunyai kewajipan, kemampuan dari segi segala sudut pengurusan, pembangunan, kewangan dan pentadbiran persatuan.

Kepimpinan ahli-ahli gabungan dan jawatankuasa hendaklah bertanggungjawab, melahirkan satu rangkaian kerjasama dari masa ke semasa yang selaras sehaluan serta saling bantu membantu sesama insan.

KFA perlu ada setiausaha Agung yang mampu menegur, merancang dan bertindak selaras dengan kehendak era bola sepak profesional masa kini dan bukanya seperti yang ada sekarang.


RUMUSAN

Saya dengan ini menulis laporan ini dengan cadangan ikhlas dan jujur di atas tanggungjawab sebagai yang berpengetahuan dan berpengalaman dalam bidang sukan bolasepak, dan ingin melihat Kedah D.A dipimpin YAB Dato' Seri Menteri Besar Kedah dan kepimpinan KFA dapat mengambil laporan ini secara positif, ikhlas untuk pembangunan bolasepak Negeri Kedah


Yang Benar
MOHAMAD SHARIF BIN WAHAB
BEKAS JURULATIH DAN AHLI MAJLIS KFA.

-copy from original text-
 -------------------------------------------------------------------------------------

Liga Super 2012

assalamulaikum dan salam sejahtera.

 Menjelang sepak mula liga super 2012, setiap pasukan telah membuat persiapan memperkuatkan pasukan masing-masing bagi merebut gelaran juara liga. Ada yang pancing pemain bertaraf bintang, ada yang tukar jurulatih, ada yang melamar awang import, dan tak kurang juga ada pasukan yang buat perkara yang sama setiap musim iaitu merayu FAM melanjutkan tarikh akhir pendaftaran pemain (liga profesional la katakan...)

Sejak liga super diperkenalkan sejak 2004, peminat bola sepak malaysia telah merasai kemeriahannya dengan aksi-aksi menarik yang dipamerkan diatas padang mahupun di luar stadium seperti jaringan gol yang cantik, perlawanan yang mendebarkan, aksi bertengkar dengan pengadil perlawanan, aksi bertempur sesama penyokong dan sebagainya.. hal ini ternyata menunjukkan bahawa liga domestik kita juga tidak kurang seronoknya (yang tak seronoknya FAM). Walaubagaimanapun, dalam saingan liga super 2012 kemungkinan perjalanan liga akan menjadi suram tanpa penyertaan pasukan yang paling legend antara semua pasukan iaitu salah satu pasukan dari pantai timur yang telah beberapa kali terselamat daripada terjerumus ke kancah liga premier..cuba anda teka pasukan manakah itu?...kekeke..

Ok. untuk mengubat "kedukaan" kita akibat tersingkirnya salah satu pasukan dari pantai timur tersebut dari kancah liga super 2012 dan kemungkinan akan menyertai melaka FA dalam satu lagi liga bawahan pada 2013,  sebagai salah seorang penyokong tegar pasukan Kedah FA, dengan bangganya aku perkenalkan awang import yang akan mewakili Kedah FA mengharungi saingan liga super, piala FA, piala AFC dan piala Malaysia musim 2012 dan mereka ialah... 

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-memperkenalkan....


gambar ini adalah rekaan semata-mata
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...